Monday, March 22, 2010

TAHNIAH

Ucapan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam eksesais kenaikan pangkat sama ada ke Gred S52, S48 atau S44. Teruskan tugas ..gandakan usaha .. perkuatkan semangat.. perteguhkan azimat.. agar Perkhidmatan Pegawai Psikologi terus berjaya..

Kepada yang belum direzkikan Allah untuk mencapainya.. usah kecewa.. kerana pasti ada urusan yang lebih besar sedang direncanaNya.. biarpun seribu bayang menutupi hakiki, namun akan sirna juga kiranya itu takdirNya..

Usah merana hanya kerna dunia .. bila telah ditentukan takdirNya..pasti tidak juga terlewat juga terawal hadirnya.. Teruskan usaha, lipat gandakan semangat membara.. jangan persoal senior kah kita.. mungkin kita hanya senior pada usia .. tapi usaha dan kerja masih belum mencapai garis pencapaiannya..

jadi kepada yang berjaya ..TAHNIAH .. yang belum berjaya teruskan perjuangan.. pasti akhirnya tetap juga diberkati..

Salam ..

Mr. J

Kebuntuan

Bila mana api membakar mula reda.. bara pun telah berubah menjadi arang hitam, yang tinggal hanya asap nipis berbuai di tiup angin sepoi tatkala hari hampir senja.. runtuhan jelas kelihatan sana sini seolah musnah semua harpan..

Melangkah menyusuri laluan ngeri ..menghitung hari berlalu.. air mata jua telah kontang dari kolamnya.. tak mampu lagi merenjis air jernih.. hanya mampu melangkah longlai.. melihat semua ketandusan dan kemusnahan ini..

Mampukah lagi bertahan ..kiranya semua telah terkorban.. sendirian mempertahan garis sempadan.. atau mereka telah lupa..hanyut kerna dibuai mimpi ..seindah dan semisteri mimpi skakila yang dikumandangkan oleh Wings..

Dalam kebuntuan ini, dihayun kaki melangkah..melihat kesan musnah.. kemusnahan yang tiada siapa peduli.. tapi ke mana lagi harus kita pergi??? Siapa pun tak mengerti!!!

Ispa