Monday, March 7, 2011

ALHAMDULILLAH..

Salam sejahtera..

Segala puji bagi Allah yang menentukan segala sesuatu.. yang menyusun dan mengatur setiap perancangan..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan dari hati yang dalam dan penuh keinsafan.

Dimaklumkan bahawa proses pendaftaran Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSiPA) secara rasminya telah diluluskan oleh Pendaftar. Dengan kelulusan ini bermakna segala perancangan dan aktiviti yang telah disusunatur akan dapat digerakkan kembali setelah tertangguh dengan arahan Pendaftar agar sebarang aktiviti tidak dijalankan sebelum pendaftaran diluluskan.

Sehubungan itu, perkara pokok yang akan digerakkan adalah mendaftarkan ahli persatuan. Kepada yang telah mendaftar sebelum ini, anda akan disusuli oleh pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran bagi mengesahkan pendaftaran anda. Kepada pegawai yang belum mendaftar sila hubungi PSiPA melalui emel ppsipa@yahoo.com..

Kerjasama anda amatlah diharapkan agar proses pendaftaran ahli dapat dibuat secepat mungkin bagi membolehkan aktiviti selanjutnya dijalankan. Kepada semua Pegawai Psikologi anda semua amat digalakkan mendaftar demi untuk kepentingan ddan kemaslahatan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Admin.

Monday, March 22, 2010

TAHNIAH

Ucapan tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya dalam eksesais kenaikan pangkat sama ada ke Gred S52, S48 atau S44. Teruskan tugas ..gandakan usaha .. perkuatkan semangat.. perteguhkan azimat.. agar Perkhidmatan Pegawai Psikologi terus berjaya..

Kepada yang belum direzkikan Allah untuk mencapainya.. usah kecewa.. kerana pasti ada urusan yang lebih besar sedang direncanaNya.. biarpun seribu bayang menutupi hakiki, namun akan sirna juga kiranya itu takdirNya..

Usah merana hanya kerna dunia .. bila telah ditentukan takdirNya..pasti tidak juga terlewat juga terawal hadirnya.. Teruskan usaha, lipat gandakan semangat membara.. jangan persoal senior kah kita.. mungkin kita hanya senior pada usia .. tapi usaha dan kerja masih belum mencapai garis pencapaiannya..

jadi kepada yang berjaya ..TAHNIAH .. yang belum berjaya teruskan perjuangan.. pasti akhirnya tetap juga diberkati..

Salam ..

Mr. J

Kebuntuan

Bila mana api membakar mula reda.. bara pun telah berubah menjadi arang hitam, yang tinggal hanya asap nipis berbuai di tiup angin sepoi tatkala hari hampir senja.. runtuhan jelas kelihatan sana sini seolah musnah semua harpan..

Melangkah menyusuri laluan ngeri ..menghitung hari berlalu.. air mata jua telah kontang dari kolamnya.. tak mampu lagi merenjis air jernih.. hanya mampu melangkah longlai.. melihat semua ketandusan dan kemusnahan ini..

Mampukah lagi bertahan ..kiranya semua telah terkorban.. sendirian mempertahan garis sempadan.. atau mereka telah lupa..hanyut kerna dibuai mimpi ..seindah dan semisteri mimpi skakila yang dikumandangkan oleh Wings..

Dalam kebuntuan ini, dihayun kaki melangkah..melihat kesan musnah.. kemusnahan yang tiada siapa peduli.. tapi ke mana lagi harus kita pergi??? Siapa pun tak mengerti!!!

Ispa

Friday, February 19, 2010

Bicara Filosofi 2

Kita sambung bicara kita lagi tentang Baju Cantik.. (kena baca posting dulu laa baru leh faham yer.. kalau dah baca kira ok ler tu)

Setelah semalaman berangan dan bermimpi..maka hari ini bermula seawal 6 pagi.. talah bangun dan bersiap akan dia..bakal menyarungkan baju baru berkain chiffon tak berlining hanya ber camisole atau tight lengan panjang berwarna hitam.. di gaya-gayakan depan cermin setinggi berdiri tergantung dibelakang pintu bilik rumah sewa tingkat 8 .. digaya posing pusing sepenuh hati.. sambil dalam hati mengimbau manis saat nanti di depan teman-teman..

Tepat jam 7.22 pagi ..telah tercegat ayu di depan pintu opis sambil tangan menjamah punch card untuk diketib menandakan tiba awalnya untuk hari itu.. hari bersejarah.. berbaju baru..

Berikutan itu, ramai teman-teman mula menghayun kaki memasuki pejabat.. memandang dengan pelbagai ragam rupa .. anda salah seorang daripadanya....

(berikan pandangan dan pendapat anda tentang baju yang dipakai itu.. sila berikan ulasan dalam ruangan komen) lagi banyak anda berikan pandangan lagi tepat makna yang dapat kita berikan..

Silalah untuk berikan komen!!! jangan ketinggalan..

Friday, February 5, 2010

Bicara Filosofi

AsSalam

Posting kali ini saya ingin menarik pandangan psychoff kepada bicara tentang filosofi.. harapnya dapatlah kita ambik pengajaran dan tambah pengetahuan kita tentang falsafah nih.. apa pun ia tidak ler sampai tahap falsafah tinggi.. cuma cukup untuk kita berfalsafah..

Umum kepada falsafah adalah memaknai sesuatu. Bagaimana kita memberi makna kepada sesuatu benda, perkara atau isu. barang pasti untuk memaknai sesuatu maka kita akan cuba untuk menaakul sebaik mungkin dari semua segi.. tapi bagi kita yang Muslim mestilah akhir bernoktah kepada ketentuan Ilahi..

Bab Yang Pertama : Baju Cantik

Apabila seseorang memakai baju..maka baju yang dipakainya itu dirasakan amat camtik pada diri dan tubuh badannya.. terbayang masa dia membeli baju itu betapa tukang jual di kedai baju tempoh hari juga mengakui betapa cantiknya baju itu disarungkan pada tubuhnya yang langsing, berpotongan cantik (katakanlah 34 24 35) .. (ini pun boleh dimaknai lagi).. - fokus wanita kerana wanita jer banyak baju cantik ni.. lelaki?

Lalu teringat lagi pada ketika itu..diuji cuba baju itu sepuasnya.. di belek-belek..di tayangkan ke badan.. dihalakan ke cermin.. tidak puas.. mesti disarungkan ke badan..meluru laju ke fitting room.. mencuba sepuas mungkin..agar baju itu .. bukan saja nampak lawa pada mata tapi juga diuji pada tubuh..

Balik ke rumah.. tidak puas lagi ..segera dilucutkan segala baju yang ada di badan.. lantas di pusing posing ala-ala model catwalk depan cermin..di ambil baju baru ..dipasangkan ke badan.. dipusing posing lagi.. ke kiri dan ke kanan.. ke belakang ..terteleng hingga sakit batang leher..tidak mengapa asalkan dapat melihat tubuh sendiri di saluti baju baru .. puas.. cantiknya baju nie.. baju kurung biru laut berkain organza/chiffon.. tanpa lining.. berharga patut RM98.. dibutik terkenal.. puas hati.. pehh.. nanti ku gayakan ke pejabat..pasti berekor mata memandang.. jealous kawan dan taulan.. baju cantik di butik terkenal tersarung megah di tubuh jinjang.. wah!!!

Jahitan nya rapi.. buatannya kemas..amat selesa dikenakan ke tubuh.. kain susun tepi.. kiri.. tangan kanan memeluk fail..tangan kiri menyingkap kain..agar labuh tak ke tanah terheret debu jalanan..fuhh.. berjalan diremang panas ..redup jadinya.. ratu ayu dalam rangka plot buah fikirnya.. besok itu yang akan jadi kenyataan.. tersenyum sendirian..

---bersambung ---