Wednesday, December 23, 2009

Salam Maal Hijrah

Salam sejahtera

Hari Jumaat 18 Disember 2009 lalu, bersamaan 1 Muharram 1431 Hijrah. Kita semua meraikannya dengan sama-sama bercuti. Namun yang menjadi persoalannya, bagaimanakah dan apakah pengisian cuti tersebut? Apakah kita telah mengisi percutian maal hijrah itu dengan aktiviti yang bermanfaat atau kita hanya isi dengan sekadar sebuah percutian biasa yang tiada bezanya dengan cuti-cuti yang lain.

Tahun Hijrah bermula pada zaman pemerintahan Saidina Umar r.a. dan peristiwa hijrah diambil sebagai garis pemula kerana ia membezakan yang hak dan yang batil, zaman gelap kepada zaman cerah.. (nak tau lebih lanjut bacalah sejarah), Garis pemula itu ditentukan hasil pecah minda para sahabat bagi memikirkan satu peristiwa yang benar-benar memberi makna kepada semua..

Lalu apakah yang boleh kita sama-sama hayati daripada detik bersejarah ini? Ramai yang apabila melangkah ke tahun baru masihi, menetapkan akan visi atau azam yang ingin dicapai pada tahun baru.. setiap daripada kita juga menetapkan azam .. pekerja macam kita juga turut menetapkan pelbagai SKT untuk dicapaikan bagi tahun baru..

Namun tidak seperti SKT yang dirancang dan sentiasa dipantau agar kejayaannya dapat dinilai, azam hanya ibarat angan-angan yang tidak pernah tercatat atau tertulis di mana-mana. Dengan sebab itu, azam seringkali hanya tidak azam pada setiap akhir tahun. Di sini dapat kita lihat akhirnya azam tahun lepas di bawa lagi pada tahun ini. Kita dapat lihat mereka yang sering berazam untuk berhenti merokok misalnya, tidak pernah berjaya mencapai azam mereka . Mereka masih merokok walaupun dah bertahun berazam untuk menghentikannya.

Daripada masa bercinta kepada berkahwin, lepas berkahwin sehingga anak pertama lahir, selepas anak pertama anak kedua lahir..begitulah seterusnya.. namun tidak juga tercapai..

Dengan sebab itulah maka saya melihat Islam tidak begitu mempromosikan azam ini.. apa yang dipromosikan adalah Hijrah.. apakah penghijrahan yang kita akan lakukan sempena tahun baru ini.. apakah kita berkeputusan untuk berhijrah dari yang baik kepada tidak baik, atau daripada kurang baik kepada baik! Alangkah malang kalau kita berkeputusan untuk berhijrah daripada baik kepada kurang baik!.. jadi pastinya apabila kita menetapkan penghijrahan maka kita akan cuba untuk menetapkan penghijrahan kepada yang lebih baik.

Jadi pada tahun ini saya akan berhijrah daripada hanya membaca dan mengkhatam 30 buah kitab pada tahun 1430H kepada 50 buah kitab pada tahun 1431H. atau saya akan berhijrah menutup aurat pada 1431H (saya tak gunakan pakai tudung kerana ramai yang bertudung tetapi tak tutup aurat - kewajiban bukan bertudung tetapi menutup aurat)

Jadi sempena tahun baru ini sama-samalah kita berhijrah agar kehidupan kita menjadi lebih baik dan sejahtera.. selamat Berhijrah.. semoga dirahmati dan diberkati Allah

Presiden

Sunday, December 6, 2009

Berita Mutakhir - Kunjungan Hormat

Salam sejahtera..

PSiPA pada 4 Disember bersamaan hari Jumaat yang lalu telah merakamkan satu perkembangan sejarah baru. PSiPA pada tarikh itu telah diterima mengadap Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd. Azhar bin Hj. Yahaya, Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Perjumpaan ini merupakan satu daripada siri Kunjungan Hormat PSiPA kepada pihak pengurusan tertinggi.

Dalam kunjungan tersebut, PSiPA telah diwakili oleh empat ahli Majlis PSiPA iaitu Presiden, Naib Presiden 2, Bendahari Agung dan Exco Penyelidikan. Secara umumnya, Kunjungan Hormat ini telah mencapai objektif persatuan untuk mewujudkan hubungan baik persatuan dengan pihak pengurusan.

Selain itu, PSiPA juga telah mendapatkan penjelasan padat berhubung beberapa isu yang dibangkitkan. Dalam kunjungan tersebut juga, Y.Bhg. Dato' Pengarah telah memberikan penerangan dan pemakluman yang mana ini telah meningkatkan kefahaman PSiPA berkaitan perkhidmatan, perjawatan dan skim perkhidmatan psikologi.

Sesungguhnya, maklumat yang diterima amatlah berguna dan bermanfaat buat PSiPA bagi meneruskan perjuangan kemaslahatan rakan-rakan psychoff sekelian.

Dalam kunjungan itu, Y.Bhg. Dato' telah sudi untuk meluangkan masa lebih dua jam bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan serta penerangan yang berkaitan prospek skim perkhidmatan psikologi.

Hasil perbincangan tersebut, PSiPA ingin menyeru semua psychoff agar meneruskan kerja kuat, meningkatkan komitmen dan memberikan perkhidmatan terbilang kepada seluruh kakitangan awam. Sesungguhnya perkhidmatan murni yang kita berikan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada orang lain tetapi juga kepada diri kita sendiri.

Selain itu, PSiPA ingin turut mengambil peluang ini untuk menyeru, memohon, meminta dan merayu semua psychoff agar bersegera menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi tahap masing-masing terutamanya mereka yang dilantik sebelum 2007. Ini akan memudahkan proses untuk menguruskan landasan kerjaya kita. Diharapkan juga tiada di antara psychoff yang bertindak bertentangan sistem yang berkuat kuasa sekarang, ini kerana kita adalah penguatkuasa sistem. Percubaan untuk mengelak PTK misalnya adalah satu usaha untuk menentang sistem yang mana akhirnya memberi kesan negatif kepada diri kita jua. Sehubungan itu, amatlah diharap kepada mereka yang masih belum menduduki PTK agar segera melakukannya.

Dikesempatan kunjungan tersebut juga, PSiPA dimaklumkan bahawa Skim Perkhidmatan Psikologi telah menerima masuk tiga orang pegawai kanan bagi mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA. Sehubungan itu, PSiPA ingin mengucapkan selamat datang kepada mereka. Semoga dengan kehadiran ini dan dengan pengalaman serta kepakaran yang dimiliki akan terus memperkuatkan lagi perkhidmatan kita. Semoga juga, kita dapat bersama berganding bahu memerah minda untuk terus mengangkat martabat dan kualiti perkhidmatan psychoff dalam perkhidmatan awam.

Di harapkan juga, walau apa juga yang berlaku, semua psychoff baru atau lama akan bersama bergandingan tangan, sederap melangkah, satu suara, bersama bersatu padu bagi memperkuatkan dan meningkatkan perkhidmatan kita. Pepatah, 'bersatu teguh, bercerai roboh' dan 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing' wajar untuk menjadi pegangan semua psychoff.

Sekian, wassalam

Abdul Jalil Hassan
Presiden PSiPA

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya - Cerpen

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua psychoff tak kira di mana berada.. sesungguhnya hari raya korban ini membawa jutaan makna kepada kita.. terserah dan bergantung kepada kita untuk mentafsirkan makna pengorbanan itu..

Sesungguhnya juga, dalam kehidupan kita seharian, kita tak terlepas dari melakukan pengorbanan.. ada yang terpaksa dikorban..perasaan, emosi, harta benda, masa, tenaga dan banyak lagi.. dalam ekonomi diistilahkan sebagai kos lepas..jadi dalam setiap lingkup kehidupan kita akan ada kos lepas yang terpaksa kita tanggung...

Jadi berfikirlah dengan waras dan matang.. setakat mana kos lepas yang kita perlu benarkan..pilih yang paling kurang nilai lepasnya.. kurang risikonya..kurang kesannya, akan tetapi memberi makna yang besar kepada kita..

Di sinilah Realiti Therapy atau Choice Theory boleh diaplikasikan.. apa pilihan terbaik yang kita ada..apa peluang terbaik yang kita miliki.. apa kesan tindakan kita jangka pendek dan jangka panjang.. Selamat Hari Raya..

Kesinambungan itu juga, sempena raya ini.. PSiPA akan menganjurkan pertandingan cerpen (cerita pendek)..pertandingan ini terbuka kepada semua psychoff.. cerpen yang dihasilkan boleh berkisar kepada kehidupan seharian. Panjangnya lebih kurang 1 - 2 muka surat dengan single spacing.. hadiah menarik menanti anda yang berjaya.. pemenang akan diputuskan melalui undian pembaca.. melalui blog PSiPA..

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kreatif yang ada dalam minda psychoff di samping untuk merajinkan psychoff untuk menulis.. Selain itu, sebagai hiburan buat kita semua.. HANTARKAN PENYERTAAN ANDA KE ppsipa@yahoo.com
Selamat menulis..

Presiden

Wednesday, November 25, 2009

PSIKOLOGI DAN ANDA (3)

Membelanjakan Wang Anda Menjamin Kebahagiaan?

Pegawai Psikologi sekalian,

Bekerja seharian, tekanan dalam organisasi, politik dan sokongan sosial, adakalanya membuatkan kita semua perlu satu teknik meleraikan isu isu tersebut. Ada banyak terapi yang boleh dilakukan, termasuklah 'retail therapy'. Ramai yang menganggap bahawa 'retail therapy' atau terapi membeli belah dapat memberi kebahagiaan kepada seseorang. Namun, satu kajian yang dilaksanakan menunjukkan membelanjakan wang untuk membeli sesuatu memberi kesan yang berbeza jika membelanjakan wang untuk mendapatkan pengalaman.

Ryan Howell, Profesor Madya Psikologi dan pasukan pengkajinya dari San Francisco State University (Februari, 2009), yang melibatkan 154 responden dari usia 24-50 tahun menunjukkan, penggunaan wang untuk mendapatkan pengalaman seperti menonton teater, wayang, dan menghadiri kursus/majlis berbayar lebih menimbulkan kebahagiaan berbanding penggunaan wang untuk membeli sesuatu.

“Penemuan ini menyokong 'teori keperluan dasar', iaitu pembelian yang boleh memuaskan keperluan psikologi akan menjadikan seseorang lebih produktif dan menjalani kehidupan kebahagiaan maksima dalam kehidupan,” kata Ryan Howell. Menurut Howell, kelompok yang membelanjakan wang untuk menonton teater, wayang, menikmati hiburan rekreasi dan menghadiri majlis berbayar (kursus, ceramah) adalah cenderung lebih gembira dibanding mereka yang membeli barangan dan tidak jelas kegunaannya.

Ini adalah kerana kesan keperluan dasar psikologi, terutama untuk bersosialisasi dengan orang lain dan pengalaman itu akan memberi kepuasan yang bertahan lama. “Belanja pengalaman menyediakan modal memori,” kata Howell. “Kita tidak akan bosan dengan kenangan-kenangan indah, melucukan dan berharga berbanding bila kita membeli barang.” Berpandukan kepada kajian ini, keperluan menghadiri majlis seperti ceramah, kursus, atau apa jua aktiviti yang memberi pengalaman dapat membantu meningkatkan kebahagiaan.

Pegawai Psikologi seharusnya sentiasa bersedia untuk melakukan pelaburan dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran, bagi memastikan 'kebahagiaan' yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam konteks ini. Adakalanya, ada antara Pegawai Psikologi terlalu 'berkira' untuk melaburkan wang demi meningkatkan ilmu, dan ini tidak salah. Tetapi alangkah baiknya jika semangat seperti ini ada dalam jiwa kita semua. Kalau hendak diharapkan ditaja oleh Persatuan atau Organisasi kita bertugas, mungkin lama lagi.

Jadi, apa salahnya kita sendiri mulakan dulu untuk diri kita. Mana tahu, 'mereka' naik segan dengan kita yang sering berbelanja menggunakan wang sendiri, akhirnya bersetuju untuk menghantar berkursus ke majlis berprestif satu hari nanti. Setuju tak?

--------------"Knowing is not enough, we must apply, Willing is not enough, we must do"--------

Raja Kamariah Raja Mohd Khalid
Psychology OfficerPrime Minister's Department
Level 3, Block B8Prime Minister's Complex
Federal Government Administrative Centre
62502 PUTRAJAYA
Tel: 03 8888 7348Fax: 03 8888 3882

-----------
American Psychological Association :(9288 2428 Cognitive Psychology)
Member of Malaysian Society of Complimentary Therapist(Hypnotherapy) OP 1139
Member of Malaysian Board of Hypnosis and Hypnotherapy
-------------
Metaphysics Practitioner (California)
Psycho-Spiritual Hypnotherapist (Aust)
Master Practitioner Neuro Linguistic Programming (National Federation of NLP, USA)
Neuro Semantics Practitioner & TimeLines Practitioner(Int ernational Society of NeuroSemantics)
MBTI Accredited Administrator (APP, Aust)

PSIKOLOGI DAN ANDA (2)

Interaksi Ibubapa dan Pengaruhnya pada Personaliti dan Peribadi Bayi

Sekumpulan penyelidik yang dipimpin oleh Dr. Benjamin B. Lahey dari University of Chicago, dan artikel yang disiarkan dalam Journal of Abnormal Child Psychologymenunjukkan penemuan potensi dari pembelajaran ketrampilan yang diperlukan oleh ‘ibubapa baru’ bagi mendidik anak-anak pada zaman yang serba mencabar ini.

Kajian yang telah dilakukan, melibatkan 1863 anak dan ibu di Amerika (kajian longitudinal) yang melihat perkembangan bayi hingga mereka berusia 13 tahun. Mereka menemukan bahwa anak yang ibunya memberikan cukup banyak dorongan intelektual selama tahun pertama kehidupannya seperti membacakan sesuatu untuk mereka, mengajak mereka berbual, dan membawa mereka keluar rumah dan sebagainya didapati tidak terlalu mempunyai masalah serius dalam perilakunya.

Selain itu, dapatan kajian mendapati bawah jika bayi menunjukkan masalah perilaku ketika bayi seperti merengek tanpa mengira waktu, cerewet, mempunyai mood yang tidak dapat dijangka, didapati mempunyai masalah tingkahlaku khususnya dalam usia persekolahan seperti suka keluar kelas atau tidak tidak memberi tumpuan pada pelajaran, mengganggu rakan-rakan, atau tidak mematuhi peraturan atau teguran ibubapa/guru.

Sebaliknya, bayi yang tidak cerewet, merengek bila berkehendakkan sesuatu (lapar atau lampin basah) mereka ini dikategorikan sebagai bayi-bayi yang ‘berisiko rendah’ untuk membuat masalah dikemudian hari khususnya pada usia persekolahan. Bayi yang ‘berisiko rendah' adalah bayi yang mana ibunya memberi cukup dorongan intelektual di masa bayi - misalnya dengan membacakan sesuatu untuk mereka atau mengajaknya keluar rumah secara teratur. Pola didikan tersebut dilihat sebagai cerminan yang baik bagaimana perhatian dan kasih sayang ibubapa disalurkan pada bayi secara umum.

Ditambah dengan sistem didikan berterusan hingga ke usia 1 tahun, adalah proses pengembangan bahasa bagi anak-anak untuk berkomunikasi dan bersosialisasi.Hal ini menjadi panduan khususnya bagi ibubapa bekerja. Isu masalah disiplin disekolah mungkin dapat dibendung, bila perhatian penuh dan cara didikan intektual diberikan kepada bayi sehingga usia 1 tahun, seperti kajian yang telah dilakukan.

Ibubapa sebenarnya memainkan peranan yang maha besar dalam mendidik anak-anak, bukanlah sistem pelajaran atau guru-guru di sekolah semata-mata. Rakan Pembimbing Jabatan Perdana Menteri telah didedahkan dengan proses perkembangan manusia. Mungkin para pembaca boleh berjumpa dengan Rakan Pembimbing bagi mengetahui apakah format/formula didikan intektual yang khusus untuk bayi hingga usia 1 tahun ini kerana waktu usia ini adalah waktu usia yang penting dalam membentuk personaliti dan peribadi anak.


Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid
Pegawai Psikologi
Jabatan Perdana Menteri

PSIKOLOGI DAN ANDA

Menangguh Kerja?

Sikap menangguh kerja datang secara tidak disedari. Ia seperti fenomena 'latah' yang berlaku kerana faktor 'pembelajaran' (learned behavior) dan sebagai 'attention getter'. Namun, jika anda merasakan anda seorang yang cenderung menangguh-nangguh tugas yang perlu dilakukan, anda perlu lakukan sesuatu!Tabiat negatif itu perlu diubah dengan anda memberi reaksi berikut jika ada tugas yang perlu diselesaikan :

1. Buat segera - terus laksanakan tugasan yang diberi.
2. Usah tunggu - inisiatif diri - katakan pada diri anda menangguhnya tidak akan membuat tugas itu lebih mudah
3. Mulakan sekarang -Masa yang lebih baik untuk melakukan tugas ituadalah SEKARANG berbanding kemudian.

Menangguh-nangguh tugas boleh menjadi suatu tabiat yang berulang, demikian rumus sekumpulan ahli psikologi. Menurut mereka, bertangguh-tangguh adalah satu tabiat psikologi yang menjejas ramai manusia, tetapi ia boleh dikuasai.Fenomena itu dikaji oleh Dr Sean McCrea dan rakan-rakan ahli psikologinya dari Universiti Konstanz di Jerman.

Kajian mereka diterbitkan dalam edisi Disember 2008 jurnal 'Psychological Science'.Manusia lebih cenderung untuk bertangguh-tangguh jika mereka memikirkan sesuatu tugas yang perlu dilakukan itu secara abstrak dan bukan secara konkrit."Setakat memikirkan tugas yang perlu dilakukan itu secara konkrit dari segi yang khusus, membuat seseorang berasa bahawa tugas itu perlu diselesaikan lebih cepat".

Ini bermakna memikirkan tentang tugas itu dari segi bila ia mesti diselesaikan dan apakah perkara-perkara khusus yang perlu dilakukan, termasuk siapa dan benda-benda apa yang terlibat, akan membuat seseorang terdorong untuk menyegerakan tugasnya.Sebaliknya, memikirkan secara abstrak seperti perihal orang yang memberikan tugas itu dan sebagainya akan membuat kita berlengah.

Oleh itu, FIKIR SECARA KONKRIT - PRAKTIKAL - bagaimana? Lakukan sesuatu yang mudah TERGAMBAR dalam FIKIRAN anda. Sesuatu yang mudah DIGAMBARKAN ialah sesuatu yang bukan bersifat abstrak. ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!

Raja Kamariah binti Raja Mohd Khalid
Pegawai Psikologi
Jabatan Perdana Menteri

Monday, November 16, 2009

PPSiPA Yahoo Groups .. mari mendaftar

Salam sejahtera..

Hari ini PPSiPA menempakan satu lagi sejarah baru apabila perkhidmatan yahoogroups diaktifkan. Pengaktifan yahoo groups ini akan mempermudahkan psychoff untuk berkongsi maklumat juga pelbagai cerita. Mereka yang menyertainya akan menerima emel secara terus maklumat dan pelbagai perkongsian lain yang disampaikan oleh rakan-rakan.

Diharapkan dengan pengaktifan yahoogroup ini akan membolehkan semua psychoff tidak kira di mana berada akan memperolehi maklumat dengan lebih cepat. Keberkesanan kaedah ini telah terbukti dan diharapkan kita dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Bagi yang belum mendaftar sila ke address berikut:
http://groups.yahoo.com/group/ppsipa/

Post message: ppsipa@yahoogroups.com
Subscribe: ppsipa-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: ppsipa-unsubscribe@yahoogroups.com

Sila maklumkan kepada rakan-rakan untuk menyertainya. Ini akan memudahkan kita berhubung dan mengetahui perkembangan terkini sahabat-sahabat sama ada jauh mahupun dekat.

Wassalam

Pre.

Wednesday, November 4, 2009

Luahan Hatiku

Moderator: saya menerima emel daripada tanpa nama menggunakan yahoo add. Walau siapa pun dia, inti luahan hatinya elok untuk kita hayati bersama.. selamat membaca


Ke hadapan rakan-rakan seperjuangan ku,

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah ku ucapkan kepada kita semua kerana telah berjaya untuk menyatukan kembali keluarga kita yang bertaburan di merata tempat walaupun masih ada lagi yang tercicir. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Dr. Mat Saat Baki yang telah bekerja keras untuk memperkenalkan dan seterusnya mempopularkan Perkhidmatan Psikologi kepada semua warga Perkhidmatan Awam serta rakyat jelata. Terima kasih juga diucapkan kepada individu-individu yang telah berhempas pulas dari wujudnya Perkhidmatan Psikologi untuk warga Perkhidmatan Awam sehinggalah ke hari ini. Tanpa individu-individu itu di manakah agaknya Perkhidmatan ini akan berada?

Mengimbau kembali ke saat bermulanya kewujudan Perkhidmatan Psikologi dalam Perkhidmatan Awam, kita harus merasa bangga kerana walaupun bingit telinga mendengar cercaan, sakit hati mendengar sindiran, individu-individu yang menyampaikan Perkhidmatan Psikologi tidak berputus asa. Senyuman sentiasa mengiring pertemuan, nada lembut melagukan pertuturan dan kesabaran nan sentiasa hadir apabila berkomunikasi dengan orang lain. Kalau tidak kerana sekumpulan individu yang walaupun baru dalam Perkhidmatan Psikologi dengan kerjasama ahli Psikologi yang berpengalaman, tidak akan wujud Perkhidmatan Psikologi se GAH sekarang. Lupa sudah kita kepada sumbangan sekumpulan individu yang menyediakan tapak, membentukkan modul-modul asal, melahirkan prosedur serta model-model tertentu untuk kecemerlangan Perkhidmatan Psikologi yang menjadi amalan semua ketika ini. Memang manusia mudah lupa…..

Sesunguhnya jodoh dan ajal di tangan Yang Maha Esa, walaupun perjalanan hidup seharian dan perubahan yang sentiasa berlaku adalah hasil tindakan manusia dengan izinNya. Perubahan yang disuntik dalam Perkhidmatan Psikologi amatlah dihargai dan tidak dinafikan perubahan tersebut menjadikan Perkhidmatan Psikologi lebih mantap dan dikenali ramai. Tapi janganlah bongkak dan mendongak ke langit kerana perubahan yang dibuat telah diterima ramai dan dalam banyak keadaan, disanjungi. Agaknya kerana kecemerlangan dan sanjungan inilah yang menyebabkan ramai mencemburui pegawai-pegawai Psikologi.

Ada yang dengan tiba-tiba menceburi bidang Psikologi untuk perkembangan kerjaya dan ada juga yang menggunakannya sebagai batu loncatan untuk kejayaan diri serta Perkhidmatan masing-masing. Tidak salah bagi pengamal Psikologi memberikan Perkhidmatan Psikologi kepada yang memerlukan tetapi janganlah sampai menidakkan hak mahupun sumbangan pegawai Psikologi sedia ada yang lebih berkelayakan dan lebih lama menyumbangkan Perkhidmatan Psikologi kepada semua. Ingatlah bahawa hidup manusia di dunia hanya sementara tetapi di akhirat selama-lamanya. Janganlah kita menggunakan peluang yang diberikan Maha Esa di dunia untuk menganiaya atau menjatuhkan manusia lain yang mungkin dilihat sebagai saingan. Sebaliknya, gunakanlah peluang ini untuk sama-sama menikmati rahmatNya secara adil dan saksama. Rezeki di mana-mana dan kita hanya perlu berusaha. Tak usahlah menggunakan sedikit kuasa yang telah dianugerahkan untuk menyekat rezeki dan perkembangan mereka yang berhak. Sesunguhnya setiap tindakan kita akan diadili di akhirat kelak, tidak lagi boleh diselindung.

Sumbangan setiap ahli serta pengamal Psikologi amat dihargai oleh banyak pihak terutama sekali apabila ianya diberikan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, usahlah menidakkan sumbangan yang telah diberikan oleh sesiapa sahaja sama ada yang masih memberikan perkhidmatan mahupun yang sedang melanjutkan pelajaran atau bersara. Seharusnya sumbangan yang telah diberikan dihargai dengan penuh hormat kerana tanpa sumbangan mereka berkemungkinan besar Perkhidmatan Psikologi akan bertatih dan bukannya berlari seperti sekarang. Janganlah kerana pengaruh rakan taulan yang sentiasa memberi sokongan kepada kita, kita hanyut dalam kegemilangan dan lupa diri. Tidak dinafikan kita perlu membantu rakan yang mengalami permasalahan tetapi adakah kita perlu mengadai maruah serta kehormatan diri semata-mata kerana ingin membantu merealisasikan kehendak kawan? Fikir-fikirkanlah…

Coretanku ini bukanlah dengan niat untuk mencerca atau memalukan sesiapa. Coretanku ini sekadar untuk menyedarkan kita semua bahawa Perkhidmatan Psikologi adalah satu Perkhidmatan yang mulia kerana tugas utama ahli Psikologi adalah membantu mereka yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu janganlah kerana ego serta rasa tinggi diri dengan kuasa yang ada, kita menggadai maruah dan kehormatan hanya kerana bisikan mereka yang dipanggil rakan taulan. Seharusnya sebagai ahli Psikologi kita menjadi lebih rasional, berupaya mengawal emosi dengan baik dan menunjukkan keperibadian Unggul serta sentiasa dihormati dan disanjungi. Jangan pula kita dicerca kerana kita hilang kawalan diri dan menjatuhkan maruah orang lain.

Akhirnya, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada mereka yang terasa dan tersinggung dengan coretanku ini. Aku hanyalah manusia biasa dan niatku hanyalah untuk menyedarkan kita semua yang mungkin lalai dan terlupa dengan misi kita di dunia ini sebagai Khalifah Allah. Wasalam.

Pegawai Psikologi.

Saturday, October 31, 2009

AKRAM vs AKRAB : APA SEBENARNYA?

Salam sejahtera dan salam hormat,

Apabila artikel berhubung AKRAM vs AKRAB diterbitkan pada 28 Oktober lalu, saya menerima emel, sms dan panggilan telefon daripada rakan-rakan mengemukakn persoalan-persoalan yang membuntukan saya

- atas dasar apa kau mengkritik pengurusan psikologi?
- atas kapastiti apa kau bercakap?
- apakah yang kau cakapkan mewakili pandangan semua pegawai psikologi?
- mengapa kau begitu berani mengkritik secara terbuka pengurusan psikologi?

Persoalan-persoalan yang ditanya membuatkan saya memikirkan: APA SEBENARNYA?

Seterusnya membuat sedikit penelitian, mengapa mereka menanyakan persoalan tersebut kepada saya. Saya menemui kesilapan saya dalam membuat andaian telah menimbulkan isu dan persoalan tersebut.

Umumnya, apabila mendengar akan cerita pertukaran AKRAM kepada AKRAB, saya mengandaikan ia masih lagi dalam perbincangan peringkat pegawai (gred 48 dan ke bawah), dengan itu sesuai bagi saya untuk turut memberikan pandangan, dan dalam memberikan pandangan pula agar ia lebih meyakinkan maka perbandingan yang ekstrim dan bombastik diberi. Tambahan pula semasa AKRAM diputuskan, ia melibatkan perbincangan semua pegawai psikologi, jadi apabila idea perubahan ini dibawa saya mengharapkan pegawai psikologi/psikologis/psychoff (sepertimana terminologi yang saya gunakan) mempertahankannya. (Kini lebih ramai pegawai psikologi baru daripada pegawai lama)

Akhirnya saya dikhabarkan bahawa AKRAB telah dalam peringkat perlaksanaan dan telah digezetkan menggantikan AKRAM, bukan lagi diperingkat perbincangan pegawai. Ini menjawap kebuntuan saya mengapa saya dikatakan mengkritik pihak pengurusan. Secara langsung apabila artikel itu diedarkan dalam keadaan AKRAB telah digezetkan oleh pihak pengurusan maka ia jelas memperlihatkan kritikan terus kepada pihak pengurusan.

Sesungguhnya, adalah amat tidak wajar dan biadap bagi saya untuk mengkritik pihak pengurusan walau dalam apa jua keadaan. Tambahan pula ia diluar kapasiti saya. Namun kesilapan saya mengandaikan ia masih diperingkat perbincangan pegawai telah menimbulkan kesulitan ini.

Atas prinsip 'berani tangan memukul, sanggup pula bahu memikul', saya akui kesilapan saya, juga dengan penuh rasa rendah diri dan insaf hati, saya mohon maaf ke atas segala kesulitan atau salah faham yang timbul.

- jika benar kau tak bermaksud mengkritik pihak pengurusan mengapa kau kaitkan pihak pengurusan atasan?

Saya turut meng CC kan artikel tersebut kepada dua orang bekas pengarah bahagian memandangkan nama mereka di sebut dalam artikel tersebut. Adalah juga tidak wajar jika mereka tidak mengetahui isu cerita sedangkan nama mereka disebut.

Pengurusan bahagian juga turut menerima artikel tersebut. Ini kerana pada pandangan saya sekiranya isu ini masih diperingkat cadangan, maka apabila pihak pengurusan membuat pertimbangan untuk keputusannya maka sekurang-kurangnya mereka tahu saya pernah memberikan pandangan. Saya juga beranggapan, pihak pengurusan akan membacanya sebagaimana hakim mendengar hujah daripada semua pihak sebelum membuat keputusan. itulah maksud saya.

Apabila mengetahui ARRAB sebenarnya telah diperingkat perlaksanaan, maka artikel itu sememangnya tidak lagi wajar. Pastilah juga sebelum membuat keputusan pihak pengurusan telah mengambilkira semua faktor. Jadi tidak ada sebab lagi untuk saya memberikan pandangan. Tambahan pula pandangan yang jelas kelihatan menolak idea pertukaran tersebut.

Saya juga amat yakin, pihak pengurusan bahagian tidak akan terkesan dengan artikel pramatang seperti itu. Fokus dan tumpuan saya hanyalah kepada pegawai psikologi/psikologis/psychoff (lantikan skim perkhidmatan psikologi dan penolong) sepertimana yang saya nyatakan dalam artikel itu. Dengan sebab itu saya menulis atas kapasiti Presiden.

Walau bagaimanapun, saya akui akan kesilapan saya dalam membuat atau memberi pandangan tanpa mendapat maklumat lengkap berhubung isu ini. Jadi, dengan segala insaf diri saya memohon maaf jika artikel tersebut telah menjejaskan pihak pengurusan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah memperbetulkan saya.

Sekian wassalam semoga kita sama dirahmati.

Abdul Jalil Hassan
Presiden PSIPA

Thursday, October 29, 2009

Tetamu Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan haji telah tiba lagi
menunaikan ibadah
panggilan baitullah
tanah suci Mekah
al Mekah mukarramah

Kini mereka yang mendaftarkan diri untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci Mekah telah mula berangkat.. pastinya semua mengimpikan agar dikurniakan Allah s.w.t akan haji yang mabrur.. martabat haji yang mana semua dosa diampunkan..

Sehubungan itu, juga ada di kalangan sahabat kita psychoff yang berpeluang untuk menyahut seruan menjadi tetamu Allah s.w.t pada tahun ini. Sama-sama kita doakan agar mereka (psychoff) serta tetamu-tetamu lain agar dikurniakan haji yang mabrur, dikurniakan keberkatan dunia dan akhirat, apabila pulang nanti menjadi contoh teladan kepada kita yang belum mampu menunaikannya sama ada atas faktor kewangan mahupun sebab-sebab lain.

Kita doakan juga kepada mereka agar selamat berangkat pergi dan selamat juga sampai kembali ke tanah air ke pangkuan keluarga dan sanak saudara termasuklah kita semua.

Semoga mereka yang dikurniakan peluang ini juga dapat kiranya menyampaikan salam kita kepada nabi junjungan Muhammad s.a.w. .. berbanyaklah kita untuk berselawat dan salam ke atas baginda junjungan.

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. amin

Wednesday, October 28, 2009

Apabila Presiden Menulis: AKRAM vs AKRAB

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pengunjung blog ini..

Umumnya saya berterima kasih kepada pengunjung kerana inilah kali pertama sejak blog ini dilancarkan ianya telah menerima hit lebih daripada 20 dalam masa satu hari.. blog lesu ini akhirnya menerima kunjungan yang memberangsang.. blog yang jarang-jarang dikunjungi ini akhirnya menerima ramai tetamu..

Semuanya gara-gara tulisan saya berhubung AKRAM vs AKRAB! Sememangnya saya turut menerima emel dan panggilan telefon daripada rakan untuk 'menghilangkan' tulisan tersebut demi menjaga keharmonian semua. Tetapi memandangkan matlamat dan tujuan penulisan tersebut bukanlah untuk menghina sesiapa maka saya tangguhkan dulu kehilangan itu.. juga atas prinsip tanggungjawab terhadap tulisan tersebut..

Saya juga menjangkakan akan timbul pelbagai andaian, telahan dan anggapan sama ada positif atau negatif terhadap tulisan tersebut.. pastinya juga saya menjangkakan pelbagai gelaran dan label turut dilempar termasuk pencemaran kredilibiliti dan lain-lain..

Ramai juga mungkin bimbang bilamana tulisan ini disiarkan diblog ia bakal menjelajah oleh ribuan juta manusia.. sebagai pengendali atau administrator blog, saya turut mengambil kira pertimbangan itu.. dengan itu saya seawalnya telah menyekat pengaruh blog ini daripada diakses secara terus oleh pengunjung internet.. dengan kata lain ia hanya dapat diakses melalui alamat blog yang disertakan dalam emel. Ini secara langsung mengecilkan litupan penyebaran blog ini.. namun isu ini sebenarnya membuktikan kuasa internet yang sepatutnya kita sama-sama gunapakai dalam kerja harian kita..

Amnya penulisan blog juga menimbulkan pelbagai pandangan, andaian juga salah faham akan maksud yang cuba disampaikan.. umpama kenyataan TG Nik Aziz dalam PAS..tak semua mampu memahami dan tak kurang juga menyalah tanggap ..bukan niat saya menyamakan saya dengan TGNA tapi situasinya hampir sama.. niat TGNA itu mungkin sama dengan niat saya... menyatakan sesuatu dalam ruang lingkup yang mana kita mempunyai pengetahuan tentangnya..

Namun kelebihan ketara dalam penulisan blog adalah semua orang boleh memberi dan mempertahankan pandangan masing-masing.. apa yang saya utarakan mungkin tidak betul tetapi sesiapa sahaja boleh memperbetul atau memperjelaskannya sepaya menjadi lebih terang dan betul.. bersemuka dalam mengemukan pandangan boleh! akan tetapi berapa ramai pula yang sanggup menahan telinga untuk mendengar? alternatif blog ini cukup cantik bagi saya! sesiapa yang merasakan dia perlu memperbetulkan apa yang ditulis boleh menghujahkan kembali..

Atas prinsip itu, saya sanggup menahan diri untuk dilabel, dikutuk, dicerca, dimarah, di Inggeris atau di Belandakan, dimakhluk perosakkan dan sebagainya, permintaan atau arahan rakan tadi untuk 'menghapuskan' artikel ini terpaksa saya abaikan.. maafkan saya!!

Namun satu perkara yang dapat saya pelajari dari isu ini, psychoff kurang responsif, tidak gemar berhujah dan mengemukakan pandangan! Media alternatif ini memberikan peluang untuk berhujah tanpa perlu bersemuka atau mengawal nada suara serta emosi, namun sukar juga untuk kita menyampaikannya.. tidak ramai/tidak ada juga yang respon melalui emel .. mungkin memalui emel memaparkan identiti, melalui blog ini boleh digunakan anonymous.. (saya tujukan tepat kepada psychoff sahaja)..

Apapun, saya tidak berhajat untuk terus mengeruhkan suasana.. cukuplah dengan jolokan singkat ini... mohon ampun dan maaf kiranya ia mengusik hati dan emosi sesiapa.. seikhlasnya saya menujukan artikel ini kepada psychoff, tapi sukar untuk membezakan psychoff atau tidak bila ia turut dibaca oleh semua..

Saya kekalkan juga artikel tersebut bagi membolehkan mereka yang membaca memahami situasi sebenar.. ampun dan maaf kiranya mengguris hati sesiapa.

Sekian wassalam

29 Oktober 2009
12.20 tengahari


Salam Sejahtera

Semoga semua dilimpati kerahmati dari Allah s.w.t.

Izinkan saya untuk mencelah dan memberikan sedikit pandangan berhubung pertukaran nama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang ditukarkan daripada AKRAM kepada AKRAB. Sebagai antara Pengasas juga founder kepada Rakan Pembimbing ini, rasa saya mempunyai asas untuk turut sama memberikan pandangan dalam isu pertukaran nama ini.

Jelasnya, pemilihan nama AKRAM itu bukan sewenangnya dibuat, ia hasil dari pecah kepala perbincangan, pertikaian lidah, pergelutan hati dan tangan, demi membuahkan hasil yang benar mantap dan terkehadapan. AKRAM bukan hanya dipilih suka-suki, sambil lewa atau ada-ada.. AKRAM mempunyai roh dan semangat tersendiri, unik dan berpijak atas jati diri yang utuh serta padu. AKRAM bukan hanya main-main untuk penuhkan jadual kerja mahupun untuk sekadar ada nama..

AKRAM dipilih atas dasar ketepatan makna dan roh yang ingin diterapkan, doktrin yang ingin ditanam, benih yang ingin disemai kepada dan ke atas mereka yang terpilih untuk menganggotainya. AKRAM itu dasarkan adalah mendekati ditambah elemen memuliakan. BUkankah itu tugas dan peranan Rakan Pembimbing.. mendekati setiap orang tanpa mengira warna kulit dan isi, menjadi sahabat juga rakan, mendekati, menjadi sahabat itu juga bukan kosong ..tetapi diisikan dengan kemuliaan.. mereka yang didekati itu dimuliakan, sama seperti konsep Rogers ..unconditional positive regard .. mereka yang didekati dan dimuliakan akan merasa, juga berasa diri dihargai, menaikkan esteem diri, meningkatkan jati diri.. serta keyakinan diri..

Ini kerana memuliakan orang lain bermakna membawa, mempengaruh dan membimbing individu yang didekati untuk kembali kepada fitrah.. fitrah adalah setiap perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk.. bukankah ini sebenarnya spirit/roh Rakan Pembimbing?.

AKRAB bermaksud menjadi karib, dekat, bersahabat baik. akan tetapi ia kekurangan roh atau elemen memuliakan.. sama seperti penjenayah, perompak, pencuri, perogol (contoh), mereka juga mempunyai rakan karib yang cukup akrab, rakan sepenjenayah ini cukup intim dan dekat, saling percaya, saling membantu, akan tetapi kerana tiadanya elemen mulia ..maka dia tidak dapat membimbing rakan sepenjenayahnya untuk kembali kepada fitrah..menjadi manusia baik, menjadi manusia insaf dan kembali ke pangkal jalan..

Jika dia seorang rakan pembimbing, dia hanya mampu untuk menjadi karib kepada indidivu lain, tatapi sukar untuk mempengaruhi mereka untuk back to basic.. andainya dia seorang kaki ponteng (rakan pembimbing ada di antaranya bermasalah), maka dipengaruhinya individu lain hasil dari pengetahuan ilmu psikologinya, ke manakah dia akan bawa kalau tidak menjadi kaki ponteng juga.. ini kerana dalam dirinya tidak dihidupkan roh memuliakan itu..

Jadi, pada hemat saya AKRAM itu ibarat rumah yang telah siap, jangan dek kerana ada segelintir manusia yang suka berburuk sangka, iri hati atau di kalangan psikologis sendiri yang jenis rendah jati diri, kita robohkannya.. bukankah psikologis itu, orangnya jika berbuat sesuatu mesti ditaakul sedalam mungkin,, jika berkata akan dihadamkan terlebih dahulu sebelum diperihalkan untuk orang lain.. bila berhujahkan sesuatu dicerna selumat mungkin sebelum dilontarkan kepada khalayak.. di sinilah letakkan kekuatan seorang psikologis.. bila dilakukan sesuatu berpencak di gelanggang minda, bertempur di medan diskusi, supaya dengan itu hasil yang dikeluarkan sama disepakati dan cukup segala justifikasi..

Supaya jika dijentik tak sakit, ditengking tak sirna, digulung lumat dak berbekas, kerana segala yang dibuat cukup sifat justifikasinya. Katalah apa orang nak kata .. kerana kita tahu apa yang kita lakkukan..itu jati diri psikologis.. psikologis bukanlah jenis yang bila kalah mengadu demam, bukan jenis banyak alasan, bukan bila ditegur melatah tak sudah.. harus kita pertahankan sesuatu yang dibancuh pekat dalam cawan muafakat..

Ada orang yang melawakkan AKRAM dengan ARKAM.. bunyinya hampir sama.. tapi bagi yang ada asas ARABIC tentu lebih faham .. sedikit perbezaan membawa makna perbezaan yang besar.. misalnya Qalbi dengan Kalbi.. antara hati dengan anjing itu jauh bezanya.. takutkah kita dengan usikan itu? padahal telah diperihal di atas betapa hebatkan AKRAM itu berbanding yang lain... atau kerana kita sendiri yang takut untuk mempertahan? Wallahualam..

Jadi harapnya jangan sewenangnya kita menukar nama AKRAM itu.. saya bukan anti perubahan kerana saya juga antara jaguh perubahan disaat BPPs hanya berjumlah 15 orang.. Y.Bhg. Dato' Ismail dan Dato' Azhar boleh menjadi saksinya.. daripada hanya kertas A4 (flyers, memo, phemplet, brosur) hingga adanya radio Rangkaian Kerja Jaya, daripada hnya ceramah dan syarahan kepada pentas teater berkarya... bermcam lagi ..semua berpaksi kepada menjana perubahan termasuk perubahan minda.. tetapi biarlah kita berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, bukannya daripada yang baik kepada yang kurang baik..

AKRAB juga trademark yang telah digunapakai orang lain, sanggupkah kita jika nanti disaman hanya kerana nama?Kalah atau menang tetap jadi abu kalau tidak sekalipun jadi arang!!

Apapun, pisau, pedang, parang bukan di tangan saya, tak upaya saya menahan orang jika ingin memancung, hanya sekadar memberikan pandangan agar apabila yang dipancung telah pergi, kita yang tinggal tidak hidup dalam penyesalan. Tiada niat saya untuk meleceh atau menghina sesiapa, sekadar berkongsi rasa supaya sejarah tak lupa..

Sekadar sebuah perkongsian

Abdul Jalil Hassan
Presiden
Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA)
28 Oktober 2009

Monday, October 26, 2009

Pendaftaran Keahlian

Salam sejahtera

Tahun 2009 telah menghampiri penghujungnya, November telah menggamit untuk menerima baton masa.. bermakna tempoh pendaftaran keahlian PSIPA juga telah makin mengecil... biarpun tempoh dibenarkan sehingga Disember namun melihat kepada respon yang diberikan ..ia agak kurang memberansangkan..

AJK juga telah lesu untuk terus mempromosikan agar semua psychoff mendaftar sebagai ahli. Mungkin ramai yang ragu atau keliru akan peranan dan kepentingan PSIPA ini kepada mereka. Atau mungkin juga ramai yang berpendapat ia hanya membazirkan RM mereka sahaja, tiada yang bagus untuk meletakkan diri dalam senarai ahli PSIPA.. itu mungkin andaian ramai daripada kita ..harapnya tidak!

Berakhirnya Disember ini, kita akan mula mengorak langkah untuk memberikan yang terbaik kepada psychoff yang telah mendaftar, beberapa kelebihan sebagai ahli akan kita perkenalkan. Untuk tidak merasa tersisih nanti mendaftarlah segera!

Beberapa bulan lalu ketika persidangan pegawai psikologi di Putrajaya, ratusan borang keahlian telah diedarkan..ramai juga yang telah memilih nombor bertuah masing-masing ..namun sehingga kini nombor bertuah tersebut masih gagal untuk didaftarkan.. kemungkinan kiranya ada psychoff lain yang berminat dengan nombor tersebut dan ingin mendaftar dengan yuran keahlian maka terbatallah tempahan tersebut.. walau bagaimanapun peluang masih dibuka sehingga 10 Disember untuk mendaftar nombor masing-masing. Selepas tarikh tersebut nombor tersebut terbuka kepada psychoff lain untuk merebutnya. Adilkan?

Terkini, kita belum lagi melaksanakan program-program yang relevan untuk ahli kecuali program yang dijalankan dan dilaksanakan oleh YM Raja Kamariah.. program sebegitu akan terus menyusul nanti .. namun kita (AJK PSIPA) terlibat dalam perancangan yang lebih besar.. kita terlibat secara langsung dengan perancangan pelan strategik Skim Perkhidmatan Psikologi dan penggubalan jawatan standard yang memberi keutamaan dan kelebihan kepada semua psychoff tanpa mengira mereka ahli atau tidak.. kita cuba untuk memikirkan yang terbaik kepada semua psychoff termasuk perjalanan kerjaya kita sehingga hari persaraan nanti..

Terima kasih kepada Bahagian Perkhidmatan (JPA) terutama Cik Norazizi kerana memberi peluang kepada PSIPA untuk terlibat secara langsung menjana idea dan memberikan buah fikir dalam menentukan masa depan psychoff.

Demi untuk kebaikan bersama, marilah kita sama-sama beramai-ramai mendaftar sebagai ahli PSIPA, supaya lebih banyak kebaikan dapat kita jana bersama.

Sekian, jangan bertangguh lagi, mendaftarlah segera.

Pre.

Tuesday, October 6, 2009

Hati ini!!

Hari ini .. dua hari berlalu selepas peluang, ruang, dan pengharapan diberikan kepada psychoff untuk menentukan sendiri hala tuju perjuangan .. serta menetapkan 'cetakan biru' kepada perkhidmatan dan kerjaya mereka sendiri. Psychoff diberi ruang dan peluang untuk mengilham sendiri harapan mereka dengan harapan tidak lagi akan muncul ditidakadilan, dianaktirikan atau kata-kata bahawa mereka tidak diberikan taraf yang sesuai dengan perkhidmatan mereka.

Peluang dan ruang yang terbuka luas itu didengari sendiri oleh seorang pegawai bertaraf Timbalan Pengarah.. seorang yang sememangnya berupaya dan bertanggungjawab penuh dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan gunasama di bawah JPA.. dengan kata lain seorang yang sememangnya diberi kuasa untuk menentukan dan memutuskan apa yang terbaik untuk skim yang dijaganya..

Maklum balas yang saya terima ada yang positif.. menarik untuk sama kita ungkapkan.. namun yang masih menjadi masalah adalah soal komitmen.. inilah satu-satunya masalah yang sentiasa memedihkan hati saya.. sukarnya untuk kita sama-sama menghadiahkan sedikit komitmen demi untuk kemajuan dan kemaslahatan diri kita sendiri. Sukarkah untuk memberikan sedikit kepentingan demi untuk skim kita sendiri? Atau terlalu sukarkah kita untuk memahami akan makna komitmen itu sendiri? Sehingga kita begitu mudah membuat keputusan yang kita sendiri tahu akan akhiran hasilannya!!

Atau apabila kita dilantik sebagai Psychoff ..kita menjadi terlalu sibuk sehingga tiada cukup masa untuk meneliti dan melihat maslahat diri kita sendiri? Sibuk kita untuk memikirkan maslahat orang lain serta kepentingan orang lain!!.. Huh..dikejauhan ini..rasanya bebelan ini..menyesakkan..namun terlepas jua buku dihati!!

Kepada yang memberikan komitmen jitu.. terima kasih.. biarlah kita pecahkan ruyung biarpun sagunya mungkin dinikmati orang lain.. daripada kita menjadi penunggu untuk menanti orang lain pecahkan ruyung itu.. biarlah kita menjadi pemula daripada hanya menunggu untuk merebut intan yang bertabur.. biarlah kita menjadi pembuka denai daripada hanya menunggu ditepi belukar dan mengharapkan orang lain datang membantu.. biarlah kita menjadi agen pengubah daripada membiarkan diri diubah ... terima kasih sekali lagi..

Kepada yang ingin turut sama, sampaikan apa jua janaan minda ke emel ppsipa@yahoo.com supaya dapat kita ketengahkan dan bincangkan bersama.. biar di pelusuk mana sekalipun anda berada..

Semoga kita sama berjaya!

Pre.

Sunday, October 4, 2009

Pelan strategik

Tanggal 5 sept..satu mesyuarat berhubung pelan strategik skim perkhidmatan psikologi akan dilangsungkan.. mesyuarat ini antara lain akan memutuskan apa yang terbaik untuk skim kita dengan idea dan pengharapan kita sendiri.. keinginan dan harapan kita pada masa depan akan banyak bergantung kepada pelan ini.. baik buruk apa yang berlaku kepada skim ini adalah bergantung juga kepada kejayaan penggubalan pelan strategik ini..

sehubungan itu, ingin saya menyeru kepada psychoff yang melayari blog ini..kemukakanlah pandangan, cadangan dan buah fikir agar ia dapat diketengahkan demi kebaikan kita bersama.. lebih banyak buah fikir yang dapat dijana lebih baiklah sesuatu keputusan itu dapat dibuat.. sila kemukankan idea dan emelkan kepada ppsipa@yahoo.com

selain itu, adalah menjadi harapan besar saya ..kepada semua yang telah dijemput untuk sama-sama menghadiri mesyuarat ini, janganlah kiranya menguzurkan diri.. walau apa jua kesibukan yang kita sedang hadapi ... hadirlah jua.. ini adalah peluang mungkin sekali dalam perjalanan perkhidmatan kita..kelalaian kita dalam memberikan input terbaik akan menyebabkan hasil yang tidak begitu positif sedikit masa nanti.. jangan nanti kita menyalahkan orang lain .. ruang dan peluang telah terbuka.. tiada siapa yang dapat kita gantung galas tanggungiawab ini melainkan kita sendiri yang mendepaninya.. kepada psychoff senior .. inilah masanya kita untuk menjana potensi minda mendahului zaman dengan memikir dan merancang 10 hingga 20 tahun akan datang..

Cumanya saya di sini ingin mengambil peluang untuk mendoakan yang terbaik dapat dihasilkan dan dicetuskan.. terasa begitu ....kerana tak dapat bersama menyahut peluang ini.. diharap semua dapat memberikan yang terbaik nanti..

sekian ..salam Syawal dari saya..

Pre.

Thursday, September 17, 2009

Apa Selepas Ini.............

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Dikesempatan ini saya juga ingin mengucapkan salam aidilfitri buat semua rakan2 Psychoff diseluruh bumi bertuah Malaysia. Sebenarnya saya dah pun mula bercuti sejak 16 September 2009 yang lalu (hehe...macam tak sabar nak raya je kan?). Sebagaimana rutin di pejabat, jadi pagi ini saya terus membuka email dan membaca akhbar online, lantas kemudiannya membuka blog ini dan membaca. Hari ni tuan presiden kita menulis satu artikel berkaitan dengan Ramadhan yang bakal pergi dan Syawal yang bakal menjelma. Saya berfikir sejenak....Apa selepas ini?

Adakah Syawal semata-mata kita sambut dengan kegembiraan kerana dapat membeli baju baru, tinggal di rumah baru, beristeri baru...(baru beristeri sebenarnya), baru bersuami, baru naik pangkat hehe...dan segalanya yang baru. Bagi saya, ramadhan ini bulan bagi penyucian jiwa, memuhaSABAH diri, meningkatkan lagi potensi dalaman diri dan mendekat diri dengan-Nya. Saya mengambil konteks Ramadhan sebagai masa terbaik untuk merenung dan memikirkan apakah yang perlu saya perbaiki dan apa pula yang terbaik sepatutnya saya berikan, agar diri ini terus dekat dengan-Nya.

Memandangkan skop kerja kita semua banyak berkait dengan memberi perkhidmatan kepada manusia; membantu mencapai kesejahteraan hidup, maka setiap keringat yang kita curahkan untuk membantu sesama manusia..Insya-Allah akan dihitung sebagai amalan baik bagi menambah saham akhirat kita. Persoalannya? Benar-benarkan kita 'berupaya' membantu, berjayakah kita membantu atau betulkah kaedah atau panduan yang kita berikan...tidak sesatkah? Memang benar, semuanya bergantung kepada niat... niat yang baik, Insya-Allah akan membuahkan hasil yang baik. Namun, cukupkah sekadar niat yang baik, kalau kita sendiri tidak tahu apa yang ingin kita lakukan. Bukankah itu nanti akhirnya akan memberi gambaran kita semua sebagai Psychoff yang tidak kompeten!

Sebagaimana yang saya nyatakan awal tadi, sesuai dengan roh Ramadhan yang mengajak kita memuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan diri. Maka eloklah, bermula selepas cuti raya ni kita sama-sama terus meningkatkan kemahiran diri, tambah seberapa banyak ilmu didada, kerap berbincang, bersatu hati, satu suara....bermesyuwarah....bekerjasama dengan PPSIPA dan BPPs dalam usaha memantapkan diri dan perkhidmatan kita, agar kita benar-benar berupaya memberikan yang terbaik buat semua...buat steakholders, buat bos kita, buat rakan sejawat kita dan yang juga penting klien kita.

Jangan kita asyik berkonflik atas perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan diri...soal naik pangkat, soal gunasama..bukan gunasama, soal siapa berkuasa..tidak berkuasa dan sebagainya hinggakan kita terlupa tentang Amanah dan Tanggungjawab yang terbeban di atas bahu kita semua. Renung-renungkanlah....

Akhirnya, molek rasanya kalau kita jadikan blog ini sebagai satu platform perkongsian maklumat dan pengetahuan, bertukar fikiran dan memantapkan tahap keintelektualan diri. Molek juga, jika ada perbincangan2 PPSIPA yang dapat kita sertai, molek juga jika duit2 raya yang terbaki atau yang terkumpul boleh digunakan untuk menyertai PPSIPA dan membayar yurannya agar aktviti-aktviti persatuan dapat kita gerakkan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kecekapan kita.

Demikianlah sedikit coretan atau leteran dipagi ramadhan, moga bermanfaat.

seadanya,
fauzis

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam sejahtera dan selamat berpuasa..

Kini Ramadhan yang mulia penuh barakah kian hampir ke penghujungnya.. dalam dua atau tiga hari lagi maka berlalulah ia pergi meninggalkan kita ..terasa baru lagi Ramadhan yang pertama dulu.. hari ini telah 27 hari kita berpuasa..antara sedar atau tidak kita bagai alpa.. sehari ke sehari yang berlalu meninggalkan kita .. dalam kita terus terfana ..akhirnya Syawal pun tiba.. rasanya banyak lagi yang belum sempat kita luahkan pada Ramadhan ini.. adakah hanya sekadar terawih mencukupi bagi kita.. sedangkan tahajjud, syukur, tasbih, taubat dan hajat mungkin entah ke mana. .. 30 juzuk Al-Quran belum terlaksana..

Kini Syawal dah mula menunjukkan cahaya, bakal bertandang menzahirkan diri.. sebagai tanda ..tanda kepada kemenangan.. kemenangan yang kita sendiri cari dan temui..

Ramadhan ini, hari-hari berlalu kekadang tanpa kita sedari.. meninggalkan hari silih berganti.. kita hanya sibuk dengan tugasan hakiki..tanpa sempat untuk meneliti diri..apakah Ramadhan kali ini telah benar-benar kita isi.. apakah Ramadhan kali ini lebih terisi daripada Ramadhan yang lalu.. atau kali ini kita menjadi lebih sibuk daripada dulu.. tanpa mampu untuk kita isi dengan permata sakti yang bakal menjadi saksi di akhirat nanti..

Kepada Psychoff yang dikasihi.. semoga Ramadhan kali ini membawa barakah dan perubahan dalam diri.. ini kerana perubahan dengan kita ibarat sungai dengan tebing.. tak mampu dipisahkan.. berubahlah kita untuk menjadi yang lebih baik.. baik kepada diri kita, baik kepada kelurga kita, baik kepada kerjaya kita dan seterusnya baik kepada perkhidmatan yang kita sumbangkan kepada insan di dunia..

Biarpun mungkin hanya tinggal 2 atau 3 hari lagi .. gunakanlah sebaik mungkin peluang ini.. gunakan sehari dua ini dengan amalan tahap tertinggi.. ibarat kemuncak usaha menawan Everest penuh salji.. berusahalah kita agar dipenghujung Ramadhan ini.. keberkatan yang dijanjikan itu diperolehi.. semoga kita menjadi insan yang penuh jati diri dan dirahmati..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..semoga kita semua dirahmati dan diberkati..amin

Presiden

Thursday, September 10, 2009

Perutusan TAHNIAH dari Presiden

Awal September ini, beberapa psychoff telah berjaya dalam exercise kenaikan pangkat. Dengan itu, saya dan AJK PSiPa mengambil peluang ini untuk mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan itu.

Seiring dengan kenaikan pangkat juga berlaku pertambahan tanggungjawab.. usah nanti kita terpesona dengan kilauan ringgit semata kerana beban terpikul dibahu juga makin berat.. tanggungjawab itu meminta kita untuk beramanah dan menunaikan amanah.. amanah ini yang sebenarnya sentiasa mengejar dan menghambat orang-orang yang takut dengannya..

akan tetapi bagi yang berani ..hanya pangkat yang dikejar.. lupa akan amanah dan tanggungjawab.. jadi saya amat berharap para psychoff agar sentiasa takut ..takut dengan hari kita akan dibangkitkan .. tak guna kita berani di dunia tapi nanti kita tersiksa dengan pertanggungjawaban kita sendiri yang tak tertunai.

Apa pun, kejayaan ini mestilah dengan kepercayaan penuh bahawa psychoff yang berjaya telah layak dan berkemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berkesan.. seiring dengan kepercayaan itu, amatlah dipohon agar psychoff dapat membuktikan bahawa segala yang diharap jangkakan daripada kita adalah benar dan tepat. Kita adalah pilihan tepat untuk mengisi kekosongan ini..bukan sekadar memenuhi undangan atau menjadi tetamu atau pemain simpanan tetapi kita adalah pemain utama yang akan membuktikan kepada seluruh masyarakat perkhidmatan awam ..kita yang terbaik..kitalah jurutera insan..

Kepada yang belum berjaya, jangan lah kita gundah gulana, sebenarnya usaha keras sedang dijalankan.. bukan kerana kita tidak berjaya menunjukkan prestasi cemerlang tetapi ketetapan belum tiba.. biarlah kita semua psychoff sentiasa ingat ..bahawa segala apa yang kita terima hari ini adalah perancangan daripada yang maha esa. bukankah untuk menggerakkan kelingking pun kiranya tanpa keizinannya tak berupaya kita? Rezeki yang kita terima adalah pemberian mutlak daripada Allah s.w.t .. bukannya manusia..

Jadi sempena bulan mulia penuh barakah ini..panjatkanlah doa ..mohon.munajat agar Allah memberikan kita rezeki yang halal.. bukankah dlam Al-Quran ada disebut.. sesungguhnya mereka membenci apa yang mereka tidak ketahui (boleh rujuk sendiri surah dan ayatnya).. jadi belumnya kita mendapat pengiktrafan ini adalah suatu dugaan buat kita.. untuk terus berikhtiar dan berusaha .. disamping memohon pertolongan dari yang esa.. InsyaAllah... setiap yang baik akan dikurniakan kepada kita.. pastinya dan yakin lah dengan keyakinan yang hak bahawa setiap sesuatu yang dirancang oleh Allah s.w.t mesti mempunyai hikmah dan pengajaran disebaliknya.. banyak-banyakkan beramal dibulan mulia ini..

Pastikan kita berjaya di dunia juga akhirat
InsyaAllah.

Presiden

Pendaftaran Keahlian

Salam sejahtera dan selamat berpuasa

PSiPA kini sedang giat untuk mendaftarkan psychoff sebagai ahli PSiPA. Dengan itu dipohon kepada semua psychoff untuk seberapa segera mengambil tindakan untuk mendaftar agar persatuan ini dapat bergerak dengan lebih berkesan. Kepada yang telah mendaftar diucapkan berbanyak terima kasih.

Kami amat memahami bahawa sebahagian besar peruntukan kewangan tuan/puan kini adalah kepada persediaan raya.. kami juga begitu.. walau bagaimanapun pendaftaran bagi tahun 2010 masih dibuka sehingga 30 Disember 2009.. jadi tuan/puan bolehlah menyimpan sikit demi sedikit agar nanti boleh terus mendaftar sebagai ahli seumur hidup persatuan (lebih baik lebih jimat)..

bagi yang ingin mendaftar sekarang dan telah mempunyai borang sama ada di downlod dari blog ini atau telah mengambilnya semasa persidangan lalu bolehlah menghantar borang yang telah dipenuhi bersama wang pendaftaran kepada alamat dan pegawai yang tertera di borang.
Wang boleh dikirim menggunakan MO/PO atau cek atas nama Muhammad Faeez bin Zakaria (Bendahari Kehormat PSiPA)..

Mendaftar segera agar kita dapat memikirkan lebih banyak manfaat untuk kita bersama.

Sekian, salam hormat

Monday, September 7, 2009

Jemputan Idea

Salam sejahtera dan selamat berpuasa..

Bertujuan untuk menyediakan pegawai psikologi yang sentiasa berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta bermaklumat, dicadangkan agar diwujudkan program atau kursus ke arah tersebut. Kursus/program yang hanya terbuka kepada ahli PSiPA ini diharap dapat memberikan ilmu tambahan kepada warga PSiPA.

Sehubungan itu, adalah diharapkan warga PSiPA untuk memberikan cadangan atau ide, apakah bentuk kursus atau program yang diperlukan, bersesuaian dengan keperluan perjawatan dan bidang tugas serta penempatan masing-masing.

Idea atau pandangan bolehlah disalurkan ke emel PSiPA .. ppsipa@yahoo.com
Kepada yang menyalurkan idea, terima kasih didahulukan.

Sekian terima kasih.
Wassalam.

Thursday, September 3, 2009

Ucapan Presiden di Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam 2009

Bismillahhirrahmanirrahim..

Alhamdulillah ….Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Dipanjatkan penuh kesyukuran atas limpah kurnia dan rahmatNya ke atas kita..

Assalamualikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Y.Bhg. Dr. Aris bin Kasan, Timbalan Pengarah Kanan dan Timbalan Pengarah dan semua jawatankuasa persidangan kerana memberi peluang kepada saya selaku Presiden protem kepada Persatuan Pegawai dan Penolong Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSiPA) untuk memberikan sepatah dua kata dalam persidangan kali ini.

Tuan, puan

Sepintas lalu, sejak dua atau tiga tahun dulu telah kedengaran akan suara-suara yang mengusulkan agar diwujudkan satu persatuan bagi pegawai psikologi atau kaunselor pada ketika itu. Bertindak atas suara dan desakan agar pegawai psikologi mempunyai persatuan sendiri bagi membolehkan mereka menyampaikan atau mengemukakan pandangan secara kolektif, maka pada tahun lalu beberapa pegawai dari bahagian perkhidmatan psikologi dan kementerian telah bersepakat untuk mewujudkan satu jawatankuasa protem bagi membolehkan persatuan ini direalitikan kewujudannya.

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa telah menyediakan draf undang-undang tubuh persatuan dan menentukan beberapa perkara seperti yuran keahlian, keahlian persatuan dan ahli kehormat persatuan. Undang-undang tubuh persatuan itu kemudiannya di kemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Bertolak daripada situ, beberapa penambahbaikan telah dipinta untuk diperhalusi oleh Pendaftar, dan tindakan susulan juga telah dibuat. Walau bagaimanapun, sehingga kini persatuan ini masih lagi belum disahkan pendaftarannya. Namun begitu, untuk membolehkan kita menjalankan aktiviti dan berpersatuan, jawatankuasa ini telah memohon kebenaran untuk menjalankan aktiviti sementara.

Tuan/puan..

Perlu rasanya saya tegaskan disini, persatuan kita ini wujud atas dasar menjaga kebajikan ahli di samping memberikan input-input terbaik kepada pihak pengurusan bagi mengembangkan daya tindak serta kualiti perkhidmatan yang kita sumbangkan. Bermakna, kewujudan ini bukanlah sebagai badan pendesak atau memperjuangkan kepentingan peribadi atau isu-isu yang bertentangan dengan dasar-dasar serta polisi kerajaan.
Kewujudan kita juga adalah bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan muhibbah sesama kita. Ukhwah yang erat akan menyatukan kita seterusnya membolehkan suara kita didengari ramai. Untuk itu amatlah perlu bagi kita untuk bertindak dan bertingkah laku secara professional agar persepsi orang luar terhadap kita sebagai pegawai psikologi atau ‘jurutera insan’ yang dilengkapi dengan ilmu kejuruteraan manusia tidak silap dan tersasar.

Kita perlu membuktikan bahawa ilmu psikologi yang kita miliki mampu untuk mengawal diri, mengenali diri dan seterusnya mengangkat diri kita menjadi pegawai yang berketerampilan dan berpersonaliti hebat. Janganlah kita menjadi seperti orang di luar sana, yang mengaku memiliki ilmu psikologi hebat tetapi tidak mengamali ilmu psikologi yang mereka ada dalam berurusan dengan manusia dan individu lain.

Ingin saya tegaskan, kehebatan ilmu psikologi yang kita ada hanya akan dapat dibuktikan sekiranya tindak tanduk kita menepati kehendak dan keperluan keadaan. Kita akan menjadi individu yang rasional, tidak bertindak berdasarkan emosi, mematuhi peraturan dan polisi, menghormati satu sama lain serta tidak mudah jemu untuk belajar dan mempelajari ilmu baru.

Tuan/puan

Adalah menjadi harapan saya, kita semua, pegawai psikologi dan penolong pegawai psikologi menjadi insan yang mana sekiranya, dicampakkan ke laut menjadi pulau, dihumban ke sungai menjadi tebing, ditinggalkan dibelantara menjadi gunung.

Itulah dasar yang ingin saya kongsi bersama saudara-saudara semua. Biar di mana sekalipun kita ditempatkan baik di hulu Tampin mahupun di Rompin, kita jadikan tempat tersebut tempat terhebat dalam sejarah kewujudannya. Kerana apa? Kerana kita adalah engineer atau jurutera pengubah.. Ilmu psikologi yang sama-sama kita miliki mencukupkan kita untuk mempengaruhi dan mengawal keadaan.. Kita mampu untuk menukarkan suasana, kita mampu menyemarakkan rasa suka dan gembira.. Kita mampu untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri .. kerana itulah kekuatan kita!!

Tuan/puan,

Dengan itu saya sangat memohon agar hentikan segala kekhilafan sesama kita, rasa ego atas ilmu yang sedikit, bertelagah tentang psikologi dan kaunseling dan sebagainya. Itu hanyalah soal ranting, pokoknya adalah betapa perlunya untuk kita bersatu!! Kerana dalam diri kita yang ada disini pada hari ini ada keunikan dan kehebatan yang sekiranya dapat kita gabungjalinkan, ia akan menjadi satu momentum hebat kepada diri dan perkhidmatan kita ini. Tapi kiranya hanya ego yang mengusai maka tewaslah kita dalam peperangan dengan diri kita sendiri. Bak kata sarjana, ‘sewaktu seseorang itu bodoh, dia cuba untuk menguasai dunia, tetapi bila mana dia pandai, dia hanya ingin menguasai dirinya sendiri’

Tuan/puan..

Bagi merealisasikan dan menghidupkan nafas persatuan ini, saya ingin memohon agar dapat tuan/puan berikan kerjasama dan sokongan kepada kami jawatankuasa penaja yang terdiri daripada sahabat-sahabat kita .. untuk menanam jerucuk dan menyediakan tapak kukuh (foundation) agar persatuan ini dapat bergerak maju pada masa hadapan..

Berikanlah kami sedikit masa agar segalanya berjalan lancar, sehingga pada satu ketika segalanya telah berjaya, maka jawatan-jawatan yang diwujudkan dalam persatuan ini akan dipertandingkan. Terserah kepada tuan-puan untuk menentukan kemudiannya haluan seterusnya dalam menentukan pemimpin yang bakal mengemudikan persatuan ini.

Tuan/puan

Dengan itu, sekali sagi saya bermohon agar diberikan sokongan supaya dapat kita realisasikan impian kita ini. Saya juga menyeru agar kita semua mendaftar dan menjadi ahli aktif bagi membolehkan persatuan ini bergerak dan dapat berfungsi sebaiknya. Kepada Bahagian Pengurusan Psikologi, Pengarah, timbalan pengarah, ketua penolong pengarah, penolong pengarah dan semua kakitangan .. diucapkan ribuan terima kasih.

Sekali lagi, biarlah kita kiranya dicampakkan ke laut menjadi pulau, dihumban ke sungai menjadi tebing, ditinggalkan dibelantara menjadi gunung.

Sekian, wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sekian, terima kasih.

Tuesday, August 25, 2009

Pendaftaran Keahlian

Sempena Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam Ke-7, 18-19 Ogos 2009 lalu, PSiPA telah membuka kaunter pendaftaran kepada pegawai psikologi untuk mendaftar sebagai ahli PSiPA. Berdasarkan edaran borang pendaftaran dengan kaedah pemilihan nombor ahli peribadi, pegawai yang menghadiri persidangan berpeluang untuk memilih nombor masing-masing. Siapa cepat dia dapat. Sebanyak lebih 100 borang berjaya diedarkan. Dipohon pegawai yang hadir agar dapat memanjangkan perkara ini (keahlian PSiPA) kepada rakan-rakan yang tidak hadir.

Kepada pegawai yang berminat sila tunggu makluman seterusnya atau hubungi nombor yang tertera di borang pendaftaran. Hubungi talian berikut untuk sebarang pertanyaan
03-8316 4394/4391 (Pn. Mahani/Pn. Onn)

Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam

Pada 18-19 Ogos 2009 lalu, Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam telah dilangsungkan di Dewan Melati, Perbadangan Putrajaya. Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 250 orang pegawai psikologi daripada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan agensi.

Sempena persidangan ini, PSiPA telah merumuskan empat resolusi untuk dicadangkan kepada pihak kerajaan melalui JPA. Resolusi ini telah disampaikan kepada Y.Bhg. Dato' Ab. Khalil Ab.Hamid yang mewakili Y.Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ketika majlis penutup persidangan pada 19 Ogos.

Diharap agar resolusi yang dikemukakan dapat diambil pertimbangan oleh pihak kerajaan demi menjaga kepentingan dan kelangsungan kerjaya pegawai psikologi.