Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pengunjung blog ini..
Umumnya saya berterima kasih kepada pengunjung kerana inilah kali pertama sejak blog ini dilancarkan ianya telah menerima hit lebih daripada 20 dalam masa satu hari.. blog lesu ini akhirnya menerima kunjungan yang memberangsang.. blog yang jarang-jarang dikunjungi ini akhirnya menerima ramai tetamu..
Semuanya gara-gara tulisan saya berhubung AKRAM vs AKRAB! Sememangnya saya turut menerima emel dan panggilan telefon daripada rakan untuk 'menghilangkan' tulisan tersebut demi menjaga keharmonian semua. Tetapi memandangkan matlamat dan tujuan penulisan tersebut bukanlah untuk menghina sesiapa maka saya tangguhkan dulu kehilangan itu.. juga atas prinsip tanggungjawab terhadap tulisan tersebut..
Saya juga menjangkakan akan timbul pelbagai andaian, telahan dan anggapan sama ada positif atau negatif terhadap tulisan tersebut.. pastinya juga saya menjangkakan pelbagai gelaran dan label turut dilempar termasuk pencemaran kredilibiliti dan lain-lain..
Ramai juga mungkin bimbang bilamana tulisan ini disiarkan diblog ia bakal menjelajah oleh ribuan juta manusia.. sebagai pengendali atau administrator blog, saya turut mengambil kira pertimbangan itu.. dengan itu saya seawalnya telah menyekat pengaruh blog ini daripada diakses secara terus oleh pengunjung internet.. dengan kata lain ia hanya dapat diakses melalui alamat blog yang disertakan dalam emel. Ini secara langsung mengecilkan litupan penyebaran blog ini.. namun isu ini sebenarnya membuktikan kuasa internet yang sepatutnya kita sama-sama gunapakai dalam kerja harian kita..
Amnya penulisan blog juga menimbulkan pelbagai pandangan, andaian juga salah faham akan maksud yang cuba disampaikan.. umpama kenyataan TG Nik Aziz dalam PAS..tak semua mampu memahami dan tak kurang juga menyalah tanggap ..bukan niat saya menyamakan saya dengan TGNA tapi situasinya hampir sama.. niat TGNA itu mungkin sama dengan niat saya... menyatakan sesuatu dalam ruang lingkup yang mana kita mempunyai pengetahuan tentangnya..
Namun kelebihan ketara dalam penulisan blog adalah semua orang boleh memberi dan mempertahankan pandangan masing-masing.. apa yang saya utarakan mungkin tidak betul tetapi sesiapa sahaja boleh memperbetul atau memperjelaskannya sepaya menjadi lebih terang dan betul.. bersemuka dalam mengemukan pandangan boleh! akan tetapi berapa ramai pula yang sanggup menahan telinga untuk mendengar? alternatif blog ini cukup cantik bagi saya! sesiapa yang merasakan dia perlu memperbetulkan apa yang ditulis boleh menghujahkan kembali..
Atas prinsip itu, saya sanggup menahan diri untuk dilabel, dikutuk, dicerca, dimarah, di Inggeris atau di Belandakan, dimakhluk perosakkan dan sebagainya, permintaan atau arahan rakan tadi untuk 'menghapuskan' artikel ini terpaksa saya abaikan.. maafkan saya!!
Namun satu perkara yang dapat saya pelajari dari isu ini, psychoff kurang responsif, tidak gemar berhujah dan mengemukakan pandangan! Media alternatif ini memberikan peluang untuk berhujah tanpa perlu bersemuka atau mengawal nada suara serta emosi, namun sukar juga untuk kita menyampaikannya.. tidak ramai/tidak ada juga yang respon melalui emel .. mungkin memalui emel memaparkan identiti, melalui blog ini boleh digunakan anonymous.. (saya tujukan tepat kepada psychoff sahaja)..
Apapun, saya tidak berhajat untuk terus mengeruhkan suasana.. cukuplah dengan jolokan singkat ini... mohon ampun dan maaf kiranya ia mengusik hati dan emosi sesiapa.. seikhlasnya saya menujukan artikel ini kepada psychoff, tapi sukar untuk membezakan psychoff atau tidak bila ia turut dibaca oleh semua..
Saya kekalkan juga artikel tersebut bagi membolehkan mereka yang membaca memahami situasi sebenar.. ampun dan maaf kiranya mengguris hati sesiapa.
Sekian wassalam
29 Oktober 2009
12.20 tengahari
Salam Sejahtera
Semoga semua dilimpati kerahmati dari Allah s.w.t.
Izinkan saya untuk mencelah dan memberikan sedikit pandangan berhubung pertukaran nama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang ditukarkan daripada AKRAM kepada AKRAB. Sebagai antara Pengasas juga founder kepada Rakan Pembimbing ini, rasa saya mempunyai asas untuk turut sama memberikan pandangan dalam isu pertukaran nama ini.
Jelasnya, pemilihan nama AKRAM itu bukan sewenangnya dibuat, ia hasil dari pecah kepala perbincangan, pertikaian lidah, pergelutan hati dan tangan, demi membuahkan hasil yang benar mantap dan terkehadapan. AKRAM bukan hanya dipilih suka-suki, sambil lewa atau ada-ada.. AKRAM mempunyai roh dan semangat tersendiri, unik dan berpijak atas jati diri yang utuh serta padu. AKRAM bukan hanya main-main untuk penuhkan jadual kerja mahupun untuk sekadar ada nama..
AKRAM dipilih atas dasar ketepatan makna dan roh yang ingin diterapkan, doktrin yang ingin ditanam, benih yang ingin disemai kepada dan ke atas mereka yang terpilih untuk menganggotainya. AKRAM itu dasarkan adalah mendekati ditambah elemen memuliakan. BUkankah itu tugas dan peranan Rakan Pembimbing.. mendekati setiap orang tanpa mengira warna kulit dan isi, menjadi sahabat juga rakan, mendekati, menjadi sahabat itu juga bukan kosong ..tetapi diisikan dengan kemuliaan.. mereka yang didekati itu dimuliakan, sama seperti konsep Rogers ..unconditional positive regard .. mereka yang didekati dan dimuliakan akan merasa, juga berasa diri dihargai, menaikkan esteem diri, meningkatkan jati diri.. serta keyakinan diri..
Ini kerana memuliakan orang lain bermakna membawa, mempengaruh dan membimbing individu yang didekati untuk kembali kepada fitrah.. fitrah adalah setiap perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk.. bukankah ini sebenarnya spirit/roh Rakan Pembimbing?.
AKRAB bermaksud menjadi karib, dekat, bersahabat baik. akan tetapi ia kekurangan roh atau elemen memuliakan.. sama seperti penjenayah, perompak, pencuri, perogol (contoh), mereka juga mempunyai rakan karib yang cukup akrab, rakan sepenjenayah ini cukup intim dan dekat, saling percaya, saling membantu, akan tetapi kerana tiadanya elemen mulia ..maka dia tidak dapat membimbing rakan sepenjenayahnya untuk kembali kepada fitrah..menjadi manusia baik, menjadi manusia insaf dan kembali ke pangkal jalan..
Jika dia seorang rakan pembimbing, dia hanya mampu untuk menjadi karib kepada indidivu lain, tatapi sukar untuk mempengaruhi mereka untuk back to basic.. andainya dia seorang kaki ponteng (rakan pembimbing ada di antaranya bermasalah), maka dipengaruhinya individu lain hasil dari pengetahuan ilmu psikologinya, ke manakah dia akan bawa kalau tidak menjadi kaki ponteng juga.. ini kerana dalam dirinya tidak dihidupkan roh memuliakan itu..
Jadi, pada hemat saya AKRAM itu ibarat rumah yang telah siap, jangan dek kerana ada segelintir manusia yang suka berburuk sangka, iri hati atau di kalangan psikologis sendiri yang jenis rendah jati diri, kita robohkannya.. bukankah psikologis itu, orangnya jika berbuat sesuatu mesti ditaakul sedalam mungkin,, jika berkata akan dihadamkan terlebih dahulu sebelum diperihalkan untuk orang lain.. bila berhujahkan sesuatu dicerna selumat mungkin sebelum dilontarkan kepada khalayak.. di sinilah letakkan kekuatan seorang psikologis.. bila dilakukan sesuatu berpencak di gelanggang minda, bertempur di medan diskusi, supaya dengan itu hasil yang dikeluarkan sama disepakati dan cukup segala justifikasi..
Supaya jika dijentik tak sakit, ditengking tak sirna, digulung lumat dak berbekas, kerana segala yang dibuat cukup sifat justifikasinya. Katalah apa orang nak kata .. kerana kita tahu apa yang kita lakkukan..itu jati diri psikologis.. psikologis bukanlah jenis yang bila kalah mengadu demam, bukan jenis banyak alasan, bukan bila ditegur melatah tak sudah.. harus kita pertahankan sesuatu yang dibancuh pekat dalam cawan muafakat..
Ada orang yang melawakkan AKRAM dengan ARKAM.. bunyinya hampir sama.. tapi bagi yang ada asas ARABIC tentu lebih faham .. sedikit perbezaan membawa makna perbezaan yang besar.. misalnya Qalbi dengan Kalbi.. antara hati dengan anjing itu jauh bezanya.. takutkah kita dengan usikan itu? padahal telah diperihal di atas betapa hebatkan AKRAM itu berbanding yang lain... atau kerana kita sendiri yang takut untuk mempertahan? Wallahualam..
Jadi harapnya jangan sewenangnya kita menukar nama AKRAM itu.. saya bukan anti perubahan kerana saya juga antara jaguh perubahan disaat BPPs hanya berjumlah 15 orang.. Y.Bhg. Dato' Ismail dan Dato' Azhar boleh menjadi saksinya.. daripada hanya kertas A4 (flyers, memo, phemplet, brosur) hingga adanya radio Rangkaian Kerja Jaya, daripada hnya ceramah dan syarahan kepada pentas teater berkarya... bermcam lagi ..semua berpaksi kepada menjana perubahan termasuk perubahan minda.. tetapi biarlah kita berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, bukannya daripada yang baik kepada yang kurang baik..
AKRAB juga trademark yang telah digunapakai orang lain, sanggupkah kita jika nanti disaman hanya kerana nama?Kalah atau menang tetap jadi abu kalau tidak sekalipun jadi arang!!
Apapun, pisau, pedang, parang bukan di tangan saya, tak upaya saya menahan orang jika ingin memancung, hanya sekadar memberikan pandangan agar apabila yang dipancung telah pergi, kita yang tinggal tidak hidup dalam penyesalan. Tiada niat saya untuk meleceh atau menghina sesiapa, sekadar berkongsi rasa supaya sejarah tak lupa..
Sekadar sebuah perkongsian
Abdul Jalil Hassan
Presiden
Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA)
28 Oktober 2009
1 comment:
setiap insan berhak bersuara, meluahkan apa yang terasa di dada, dan izinkan saya untuk meluahkan bicara.
saya bukan psychoff, sekadar insan biasa yang bernafas di muka bumi Allah s.w.t.
sekadar memberi pandangan...
pada hemat dan pandangan mata hati saya, tentu yang menukarkan nama itu mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri. empunya diri tentu mengetahui kesan dan akibat kerana sebagai seorang yang berlatarbelakangkan psikologi dan kaunseling menyedari, setiap tindakan ada risikonya dan manusia bertanggungjawab ke atas setiap pilihannya.
jika pertukaran sudah diluluskan, jika persetujuan sudah dicapai.. maka tidak ada salahnya untuk AKRAM menjadi AKRAB, kerana yang penting adalah matlamat yang dicapai, bukannya nama yang menjadi sebutan dan bualan. kerana nama sekadar nama, tetapi yang penting adalah pengisian yang ingin disampaikan. (ini adalah pandangan peribadi saya).
jikalau founder kepada akram berniat untuk memuliakan, maka seharusnya founder akram ini memuliakan insan yang bertanggungjawab melakukan penukaran. kerana dalam teori rogers (yang disebut oleh penulis sendiri) sentiasa bersangka baik dan memuliakan orang lain. kerana menurut rogers, setiap manusia menuju ke arah kebaikan. dan pastinya, AKRAM menjadi AKRAB adalah untuk tujuan kebaikan.
secara peribadi saya kurang setuju akrab itu dekat yang tiada intipati roh mulia. di sini saya dapatri penulis cuba menyamakan dengan penjenayah lain. itu adalah berdasarkan intepretasi dan pandangan peribadi saudara sendiri. dan menurut pandangan peribadi saya, ada juga penjenayah yang memuliakan ketua penjenayahnya... sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan kumpulan jenayahnya.
pandangan peribadi yang berbeza memang kerapkali berlaku, kerana manusia itu adalah unik. setiap individu dicipta oleh Allah s.w.t mempunyai keunikan itu sendiri dari sudut biologi, fisiologi dan juga psikologinya. dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
perubahan akan berlaku. sekiranya berubah tampuk pimpinan, perubahan akan terus dan terus berlaku. maka janganlah yang lama terasa, dan jangan pula yang baru megah dengan yang ada. yang penting adalah saling bekerjasama, berbincang, bertukar pendapat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti jabatan.
dan sekali lagi ingin saya ungkapkan... tidak salah untuk nama itu ditukar. kerana tiada apa pun yang kekal di dunia ini melainkan Allah s.w.t. jika perubahan itu bersebab dan untuk kebaikan.. maka alukanlah perubahan itu demi kesejahteraan bersama.
salam uhkwah,
norlina alfan @ salju putih
Post a Comment
Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan