Monday, March 22, 2010

Kebuntuan

Bila mana api membakar mula reda.. bara pun telah berubah menjadi arang hitam, yang tinggal hanya asap nipis berbuai di tiup angin sepoi tatkala hari hampir senja.. runtuhan jelas kelihatan sana sini seolah musnah semua harpan..

Melangkah menyusuri laluan ngeri ..menghitung hari berlalu.. air mata jua telah kontang dari kolamnya.. tak mampu lagi merenjis air jernih.. hanya mampu melangkah longlai.. melihat semua ketandusan dan kemusnahan ini..

Mampukah lagi bertahan ..kiranya semua telah terkorban.. sendirian mempertahan garis sempadan.. atau mereka telah lupa..hanyut kerna dibuai mimpi ..seindah dan semisteri mimpi skakila yang dikumandangkan oleh Wings..

Dalam kebuntuan ini, dihayun kaki melangkah..melihat kesan musnah.. kemusnahan yang tiada siapa peduli.. tapi ke mana lagi harus kita pergi??? Siapa pun tak mengerti!!!

Ispa

No comments:

Post a Comment

Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan