Friday, February 5, 2010

Bicara Filosofi

AsSalam

Posting kali ini saya ingin menarik pandangan psychoff kepada bicara tentang filosofi.. harapnya dapatlah kita ambik pengajaran dan tambah pengetahuan kita tentang falsafah nih.. apa pun ia tidak ler sampai tahap falsafah tinggi.. cuma cukup untuk kita berfalsafah..

Umum kepada falsafah adalah memaknai sesuatu. Bagaimana kita memberi makna kepada sesuatu benda, perkara atau isu. barang pasti untuk memaknai sesuatu maka kita akan cuba untuk menaakul sebaik mungkin dari semua segi.. tapi bagi kita yang Muslim mestilah akhir bernoktah kepada ketentuan Ilahi..

Bab Yang Pertama : Baju Cantik

Apabila seseorang memakai baju..maka baju yang dipakainya itu dirasakan amat camtik pada diri dan tubuh badannya.. terbayang masa dia membeli baju itu betapa tukang jual di kedai baju tempoh hari juga mengakui betapa cantiknya baju itu disarungkan pada tubuhnya yang langsing, berpotongan cantik (katakanlah 34 24 35) .. (ini pun boleh dimaknai lagi).. - fokus wanita kerana wanita jer banyak baju cantik ni.. lelaki?

Lalu teringat lagi pada ketika itu..diuji cuba baju itu sepuasnya.. di belek-belek..di tayangkan ke badan.. dihalakan ke cermin.. tidak puas.. mesti disarungkan ke badan..meluru laju ke fitting room.. mencuba sepuas mungkin..agar baju itu .. bukan saja nampak lawa pada mata tapi juga diuji pada tubuh..

Balik ke rumah.. tidak puas lagi ..segera dilucutkan segala baju yang ada di badan.. lantas di pusing posing ala-ala model catwalk depan cermin..di ambil baju baru ..dipasangkan ke badan.. dipusing posing lagi.. ke kiri dan ke kanan.. ke belakang ..terteleng hingga sakit batang leher..tidak mengapa asalkan dapat melihat tubuh sendiri di saluti baju baru .. puas.. cantiknya baju nie.. baju kurung biru laut berkain organza/chiffon.. tanpa lining.. berharga patut RM98.. dibutik terkenal.. puas hati.. pehh.. nanti ku gayakan ke pejabat..pasti berekor mata memandang.. jealous kawan dan taulan.. baju cantik di butik terkenal tersarung megah di tubuh jinjang.. wah!!!

Jahitan nya rapi.. buatannya kemas..amat selesa dikenakan ke tubuh.. kain susun tepi.. kiri.. tangan kanan memeluk fail..tangan kiri menyingkap kain..agar labuh tak ke tanah terheret debu jalanan..fuhh.. berjalan diremang panas ..redup jadinya.. ratu ayu dalam rangka plot buah fikirnya.. besok itu yang akan jadi kenyataan.. tersenyum sendirian..

---bersambung ---

1 comment:

Anonymous said...

SALAM SEJAHTERA SEMUA KAWAN PPSI,

SAYA MASIH TERINGAT DETIK BILA MENERIMA SURAT DARIPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM DAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA, SENYUM DAN SENYUM DAN KEDUA ORANG TUA JUGA SENYUM,MULAILAH RASA BERBALOI BELAJAR BIDANG NI,DAN BOLEH TANGKIS PERSPEKTIF ORANG LUAR YANG SELALU PANDANG RENDAH DAN KOMEN KATA KAMI YANG BELAJAR DALAM BIDANG NI TIADA MASA DEPAN.

TERDETIK DI HATI AKAN AKU MENABUR BAKTI SEPENUH HATI DAN JUGA BERJANJI SANGGUP BERTUGAS DIMANA SAHAJA ASAL DITEMPATKAN.UJIAN PERTAMA DI SARAWAK SAYA SANGGUP TERIMA DAN PERGI.SETELAH NAK MASUK 3 TAHUN BERSAMA PPSI.SEMUA JIWA SEMANGAT YANG DAHULU HILANG PELBAGAI PERANGAI YANG ADA:DENGKI,HASUTAN,LOBI,PENTINGKAN DIRI DAN PENYAKIT PALING BAHAYA TERIMA GAJI BULAT2.

SAYA CUMA INGIN BERTANYA DENGAN ADMINT GROUP INI:
i.setelah selama 3 tahun apa yang PPSI JPA buat pada kami semua?
ii.PM melancarkan transformasi, apa transformasi yang dibuat oleh JPA terhadap PPSI untuk meningkat kebolehan dan skill kami?
iii.Apa cara atau pengiktirafan yang boleh dibuat oleh PPSI untuk memperhebatkan PPSI diseluruh Malaysia?
iv.Adakah bentuk atau cara memartabatkan PPSI Malaysia?
v.Adakah kami PPSI telah mengikuti garis panduan atau kelayakan dalam menjalankan sesi kaunseling di Jabatan dan Kementerian?
vi.Penempatan Pegawai Psikologi adakah telah dikaji kebaikan dan keburukanya?
vii.Apakah pelan tindakan 3 tahun dan 5 tahun JPA pada kami PPSI Malaysia?
x.Setelah wujudnya PPSI adakah masa depan akan terjaga?

sekian.cuma persoalan yang bermain di fikiran saya setelah menjawat jawatan Pgwai Psikologi
dan bimbang skim kami tercicir sedangkan saya pada awalnya satu skim yang memang mempunyai masa depan yang amat cerah.

terima kasih.mohon maaf jika ada terkasar bahasa.

Post a Comment

Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan