Monday, February 1, 2010

Coretan Ringkas 1 Februari

Salam buat semua,


hari ni keadaan agak tenang, suasana tenang, fikiran tenang....bukan apa, antara sebabnya jalan pun tenang. Ye lah, hari ni kan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan...jadi warga-warga Putrajaya dan KL sedang enak bercuti. Tak terkecuali juga, warga-warga Selangor.....pun turut ambil kesempatan bercuti. Tak pe la. Bagus juga sesekali ambil masa bertenang - cari idea baru, mood baru, mungkin tenaga baru untuk mula bekerja esok, lusa dan seterusnya.

Cuma, sejak kebelakangan ni....blog ini, malah psychoff pun nampaknya tenang. Banyak kali juga saya cuba menerjah ke laman blog ini, kot-kot ada artikel baru atau paling tidak pun komen atau pandangan baru. Nampaknya hampa. Awal tahun hari tu, saya meletakkan andaian...mungkin para Psychoff semua sibuk dengan perancangan SKT masing-masing atau paling tidak pun sibuk menguruskan anak masing2 yang bersekolah. Tapi....... bila dah menerjah bulan Februari ni, nampaknya keadaan masih lagi sama....., tak pe la. Think Positive!. Mungkin ada yang sedang dirancang, paling tidak pun ada yang sedang dimuhasabahkan.

Umumnya, secara peribadi saya merasakan perlunya kita semua...(saya dan tuan/puan psychoff) untuk saling berinteraksi, bertemu muka atau paling tidak pun berhubungan di ruang maya ini...untuk berkongsi pendapat, pengetahuan baru, teknik psikologi kaunseling baru atau apa-apa sahaja yang bermanfaat. Sebab duduk dah jauh; ada di lembah kelang dan ada diluar lembah kelang, maknanya ada ruang masing-masing. Jadi takutnya, kita terperangkap dalam ruang selesa masing-masing, teruknya...jika mula buat kerja pun ikut rasa masing-masing.......jadi tiada keselarasan. Akhirnya, lain yang diminta buat, lain yang dibuat....sudahnya,bila ditegur nanti....kita melenting, kata orang tak peduli, tak tunjuk ajar, tak kisah dan pelbagai lagi. Eloklah, jengok2 juga rakan2..., bertanya kabar...yang ada Mentor, helo-helo la Mentor tu.... Mentor pun, tak salah.....risik2 Menteenya....

Senang kata, "lidi sebatang mudah dipatahkan, lidi segenggam...cuba try tengok".......

Rasanya, sebagai cadangan....elok juga kalau dalam masa terdekat ni kita semua dapat berjumpa, rancang apa yang kita boleh sumbangkan, bincang apa yang boleh kita selesaikan... paling tidak, bersua muka bagi mengimbas rupa wajah yang dah hampir lupus diingatan....

Bukan apa, ukhuwah kena kuat..... baru kita mantap. Tak lama lagi, kita bakal dapat adik2 baru...(S41) ramai juga katanya. Jadi nanti, tak la kita malu sendiri..... sebab pelik jugakan, abang-abang, kakak-kakak masih tak kenal sama sendiri....., hala tuju masih tak menentu dah nak bimbing adik-adik yang baru. Takut nanti jadi celaru!....hihi....gurau je la.. (tuan2 kan psikologis).

Jadi harapnya, tenang psychoff ini tenang berisi.....bertapa la katakan. Moleknya, lepas bertapa nanti keluarlah dari pertapaan.....berjumpa kawan2, berkongsi ilmu dari pertapaan dan sumbangkanlah seberapa banyak ilmu dan tenaga nak dicurahkan. Kita perlu terus relevan, bak kata Tuan Presiden...kita ni 'jurutera manusia'...... Ramai manusia memerlukan kita. : )

Rasanya, inilah coretan ringkas ......harap2 bukan merapu.
Entahlah, coretan ringkas ini mampu mengejutkan ataupun tidak. Apapun, Think Positive! saya percaya tenang psychoff, tenang berisi. Buat Tuan Presiden & para psychoff semua, mohon laluan... harap bermanfaat.


Sekian.

TSUA

No comments:

Post a Comment

Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan