Monday, March 7, 2011

ALHAMDULILLAH..

Salam sejahtera..

Segala puji bagi Allah yang menentukan segala sesuatu.. yang menyusun dan mengatur setiap perancangan..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan dari hati yang dalam dan penuh keinsafan.

Dimaklumkan bahawa proses pendaftaran Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSiPA) secara rasminya telah diluluskan oleh Pendaftar. Dengan kelulusan ini bermakna segala perancangan dan aktiviti yang telah disusunatur akan dapat digerakkan kembali setelah tertangguh dengan arahan Pendaftar agar sebarang aktiviti tidak dijalankan sebelum pendaftaran diluluskan.

Sehubungan itu, perkara pokok yang akan digerakkan adalah mendaftarkan ahli persatuan. Kepada yang telah mendaftar sebelum ini, anda akan disusuli oleh pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran bagi mengesahkan pendaftaran anda. Kepada pegawai yang belum mendaftar sila hubungi PSiPA melalui emel ppsipa@yahoo.com..

Kerjasama anda amatlah diharapkan agar proses pendaftaran ahli dapat dibuat secepat mungkin bagi membolehkan aktiviti selanjutnya dijalankan. Kepada semua Pegawai Psikologi anda semua amat digalakkan mendaftar demi untuk kepentingan ddan kemaslahatan kita bersama.

Sekian, terima kasih.

Admin.

2 comments:

Ibrahim M. said...

TAHNIAH! semoga PsiPA terus maju ke depan, kepada semua Pegawai Psikologi yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam segerakanlah pendaftaran anda sebagai ahli PsiPA.

"Kalau bukan anda, siapa lagi.."

IBRAHIM
KDN

Unknown said...

Selamat sejahtera,

Nama saya ialah Miki Lee, student daripada UPM, kursus kaunseling, tahun dua. Saya ingin meminta pertolongan daripada anda untuk kerja kursus saya dalam menyelesaikan Holland code untuk pegawai sains, sama ada code itu adalah ESA, RCS atau IRS.

Saya menghadapi masalah dalam menyelesaikan code untuk pegawai sains kerana setakat saya memahmi adalah tugas pegawai sains kebanyakan merupakan kerja menguruskan document dan pengurusan makmal, jadi, kerja administation. Tapi, dia melibatkan pengurusan instrument dan makmal juga, jadi, tergolong dalam RCS (laboratory assistants) dan background pegawai sains adalah dari bidang sains.

Jadi, diharaplah anda boleh tolong menyelesaikan masalah saya. Jutaaan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

Sekian,
Miki Lee

Post a Comment

Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan