Wednesday, February 3, 2010

Hari Ini....

Hari ini.. setelah dua hari 1 Februari berlalu..hari yang diistiharkan cuti umum kepada warga wilayah .. dua hari sebelumnya.. bersama keluarga melakukan cuti-cuti Malaysia ke Melaka Negeri Bersejarah.. menghirup udara segar di pantai Pengkalan Balak.. yang jauh sikit daripada hiruk pikuk kota dan deruan kereta..namun motor banyak jugak.. bila mat-mat motor turut datang melepak dan berkaraoke hingga dinihari.. betul-betul kat kedai makan belakang chalet,, time sedap ..rasa ngayut mata,.. bila time hampeh..rasa bengkek jer hati dan telinga.. terganggu benar dengan nyanyian ala ..kodok tu..

Apa pun ketenangan Pengkalan Balak dengan santapan ikan bakarnya tidak dapat juga menghilangkan ketegangan jiwa.. biarpun berendam sampai kecut jari jemari.. namun kacau juga jiwa.. bukan apa ..memikirkan budget .. hee.hee. tapi alhamdulillah.. percutian budget kali ini..memang berbaloi juga.. untuk 4 dewasa 4 kanak-kanak..dengan pakej lawatan ke MBB.. naik menara tinggi, beca dan lawatan ke zoo hanya memakan kos RM700 jer..termasuk makan minum.. kira jatuh dalam sorang RM 100 lebih jer la.. memang percutian budget.. tu dah masuk duit minyak ngan tol sekali ..siap parking lagi.. siapa kata nak bercuti kos tinggi? lain ler kalau gi London ker....

Menginap di Chalet Hj Mahawa.. betul-betul belakang Pondok Polis Pengkalan Balak cukup menyelesakan.. dengan hanya RM 60 semalam.. hujung minggu.. mengadap pantai yang cantik.. deruan angin yang cukup mengasyik.. biarpun sesekali terganggu dengan minah Melayu yang lupa diri berpelukan dengan jantan sial tanpa nikah.. berkucupan .. rasa macam nak baling buah nyior luruh jer.. nak tegur takut tak lepas balik lak.. tegur dalam hati jer.. laa.. tau ler kan ..orang Melaka ..ilmu Tuah ngan Jebat masih melekat kuat.. tapi kilauan maksiat sikit tu ..tak ler sampai merosakkan percutian hebat nie..

Dalam ketenangan dan keasyikan bercuti..tak terlepas jua .. berita dari datang berdendang ke telinga.. biarpun jauh dari kesibukan harian..masih ada macam=macam yang masuk bertandang.. jadi..

pesan saya kepada semua psychoff.. dlam kehidupan ini..kesabaranlah yang paling tinggi darjat kedudukannya.. untuk mencapai tahap sabar..redhalah penawarnya.. dengan redha apa juga cabaran menimpa.. apa juga dugaan mendatang .. tidak berbekas jua di hati kita.. untuk mencapai redha.. ubatnya rendah hati.. (tawadduk).. siapalah kita di sisiNya.. kerana segala aturan hidup ini adalah dalam ketentuanNya.. Dia lah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.. 'kita tidak suka apa yang kita tidak ketahui'.. walhal disebaliknya tersedia pelbagai kenikmatan yang tidak tergambar oleh fikiran..

Untuk mencapai rendah hati.. amalan nya muhasabah diri.. lihatlah diri kita..pandanglah diri kita.. dari sisi juga tepi.. fahamilah diri kita sendiri.. jiwailah diri kita sendiri.. carilah kekuatan untuk kita berdiri dan kelemahan untuk kita perbaiki.. mereka yang sentiasa meneliti dan memperbaiki diri adalah orang yang sentiasa mencari kejayaan .. dan merekalah orang yang berjaya.. bukankah itu matlamat kita? menjadi orang yang berjaya!..

Oleh itu..biar apa pun rintangan juga halangan yang melintang di depan kita.. carilah penyelesaiannya.. carilah penawarnya.. lihatlah hikmahnya.. pasti terselit dicelah ribuan mutiara sebiji permata zamrud yang tinggi nilainya.. berfikirlah dengan matang dan tenang..

Kerana apa? kerana itulah kekuatan kita.. kekuatan sejati seorang psikologis .. kita tidak seperti orang lain.. kita lebih memahami dan kita lebih mengerti.. kita lebih empati daripada mereka yang kurang simpati.. usahlah kita mengira-ngira apa yang yang telah kita sumbangkan.. kerana sumbangan kita itu ..tidak akan ada maknanya pada diri orang lain.. janganlah kita berbangga-bangga dengan apa yang telah kita lakukan.. kerana apa yang kita lakukan itu ..tidak memberi sebarang erti kepada orang lain.. namun banyakkanlah berdoa..agar sumbangan dan perlakuan kita diterima sebagai ibadah kepadaNya.. itulah yang lebih baik... dan terbaik..

Kepuasan kita haruslah tidak pada duniawi semata.. adalah lebih puas kita Yang Maha Pencipta menaikkan darjat kita ke tahap hamba yang lebih baik.. itulah kepuasan hakiki..

Apa kaitan percutian itu dengan semua ini? Percutian itu telah merangsang minda untuk berkarya juga berfikir.. berfikir akan kewujudan @ existential.. bila mana melihat deruan ombak itu pasang dan surut.. pergi dan kembali.. bila mana melihat sepasang belangkas (yang kelihata seperti predator) meredah pasir untuk kembali ke laut.. akhirnya hanyut hilang dipukul ombak.. semuanya menjana sebuah pemikiran kepada erti sebuah kehidupan.. itlah kita ..Psychoff..

Salam..
Catatan sebuah perjalanan.

Mr.J

3 comments:

nimilah said...

Saya bercadang akan bercuti di Chalet Hj Mahawa pada bulan Mac 2010. mengikut cerita tuan seronok duduk disitu. Dengar khabar chalet tu tiada aircond panas tak? Makan ikan bakar harga dia mahal tak di situ. Kalau makan tengahari kat mana pulak sebab dengar khabar malam ajer kedai2 kat situ aktif.

Mr.J said...

hmm tempat mmg cantik.. bayu laut mmg sering menghembus..cuma dalam bilik agak panas kalau tak buka tingkap waktu malam.. siang kalau kat bilik 1,2, 7 atau 8 kira ok sebab mmg tepi pantai ..yg lain tu kira ke tengah sikit .. ada juga yg bawa tilam tidur kat luar bilik jer.. kalau brani apa salahnya.. saya tak makan kat kedai .. ikan bakar..saya beli fresh ..bakar sendiri.. sotong, udang.. sosej ..nak senang boleh dapat kat pasar .. jalan masuk terus ke depan .. kalau tak pun pegi kat super market kat masjid tanah/sungai udang (tak ingat sangat) ..jalan nak kluar ke tol tu.. dengar kata makan kat kedai pun tak ler mahal sangat..berbaloi ler.. kalau ramai boleh minta Pn Zaiton (isteri pemilik chalet tu) untuk masakkan .. siang kedai depan balai polis dgn tepi pantai tu aktif..kalau malam banyak kedai.. tapi kedai kat medan selera tu yang famous..

selamat bercuti

nor said...

Raya cina 2013 ni nak try chalet hj mahawa tu...kena booking dulu ka.? Tapi jauh lak kalau memalam nak gi jonker strait dgn dataran pahlawan..chalet tu leh buat barbeque sendiri ke..peralatan membakar ade tak disediakan atau kita bwk sendiri

Post a Comment

Sila kemukakan komen yang konstruktif dan relevan